NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, October 20, 2017

Pengasas PPBM Parit & Kuala Kangsar Pula Keluar Parti, PPBM Kini Menuju Kehancuran.


PPBM menuju kehancuran!

Itulah gambaran yang berlaku terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Mahathir Mohammad apabila makin ramai di kalangan pengasas parti berkenaan bertindak keluar parti. 

Nampaknya, selepas lebih 1,000 orang ahli PPBM Perak yang diketuai Ketua Penaja PPBM Ipoh Timor dan Teluk Intan bertindak keluar parti pada Mei 2017 yang lalu.




Ketua Penaja PPBM Bahagian Parit dan Kuala Kangsar turut mengambil langkah serupa ekoran hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti. 

Menurut pengasas PPBM Bahagian Parit, tindakan mereka keluar parti kerana PPBM dilihat lari daripada objektif penubuhan parti tersebut.

Untuk rekod, sebelum ini dilaporkan seramai 500 orang ahli PPBM Rembau juga bertindak keluar parti yang menyebabkan PPBM Bahagian Rembau lumpuh.


Selain di Perak dan Negeri Sembilan, PPBM di Johor juga dilaporkan menuju kehancuran ekoran tindakan ahli PPBM di Gelang Patah yang bertindak keluar parti pada April lalu.

Bukan setakat ahli biasa, nama-nama besar yang mengasaskan PPBM bersama Mahathir seperti Hamidah Osman dan Anina Saadudin turut bertindak keluar parti sebelum ini.



Melihat tindakan dan keputusan yang diambil oleh kebanyakkan ahli PPBM ini, tidak hairanlah jika kita katakan bahawa parti PPBM kini sedang menuju kehancuran kerana parti itu tiada matlamat memperjuangkan nasib rakyat.

PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir Mohammad untuk menjayakan cita-cita dan melunaskan dendamnya kepada Najib Razak dilihat tidak akan bertahan lama. Malah tidak keterlaluan juga jika saya katakan, PPBM akan hancur sebaik sahaja Mahathir Mohammad meninggal dunia.

Adios..!



Thursday, September 28, 2017

Better Beer Festival : Lebih 48 Jam, Azmin Ali Masih Belum Saman Utusan?


Sebelum ini di muka hadapan Utusan Malaysia melaporkan bahawa Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor membenarkan Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor atas prinsip menghormati hak kaum dan agama lain.

Namun laporan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak malah Ketua Polis Negara turut mengingatkan Azmin Ali dan kerajaan negeri Selangor tidak memandang ringan aspek keselamatan negara.


Selepas mendapat bantahan pelbagai pihak, Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan dan mencabar Utusan Malaysia untuk mengeluarkan bukti bahawa Azmin Ali membenarkan Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor.

Malah Pejabat Menteri Besar Selangor turut menuntut Utusan Malaysia memohon maaf tanpa syarat atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Persoalannya, sehingga ke hari ini, setahu saya Utusan Malaysia tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada Azmin Ali di atas laporan yang dikeluarkan pada 25 September 2017 tempoh hari.

Jadi, kenapa Pejabat Menteri Besar Selangor dan masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia?

Adakah Azmin Ali tidak berani mengambil tindakan kerana beliau sedar bahawa Utusan Malaysia tidak akan melaporkan berita tersebut tanpa bukti sahih?

Selain tiada tindakan daripada Azmin Ali terhadap Utusan Malaysia, sehingga ke hari ini juga kita masih belum melihat sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pemimpin PPBM berhubung isu tersebut.

Adakah pemimpin PPBM bersetuju dengan penganjuran Better Beer Festival 2017 yang bakal diadakan di Selangor?

Jika tiada tindakan diambil oleh Pejabat Menteri Besar Selangor terhadap Utusan Malaysia, ia membuktikan bahawa tindakan Azmin Ali dan Pejabat Menteri Besar yang mengeluarkan kenyataan sebelum ini kononnya akan mengambil tindakan undang-undang hanyalah omong kosong dan satu kenyataan populis untuk meredakan kemarahan umat Islam di Selangor.

Adios..!

Monday, September 18, 2017

TIADA AGENDA PERJUANGAN MELAYU PUNCA MAT TAIB KEMBALI KEPADA UMNO


Pembangkang tiada agenda perjuangan Melayu! 

Itulah punca bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali menyertai UMNO selepas bersama PAS dan kemudian PKR. Lima tahun bersama dalam pakatan pembangkang tindakan bekas Menteri Besar Selangor itu membuktikan PKR tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu.

Menurut Muhammad Taib, beliau mula merasakan perjuangan bersama pembangkang sia-sia apabila setiap mesyuarat yang dihadiri beliau langsung tidak membicarakan soal perjuangan Melayu. Boleh rujuk laporan The Sun Daily.

Bagi saya, PKR tidak berani dan tidak akan membicarakan soal perjuangan Melayu kerana mereka selama ini bertuankan DAP yang terang-terangan bersikap chauvanis dan anti Melayu. 

Tindakan Muhammad Taib keluar daripada PKR semalam juga menunjukkan bahawa dalam PKR sedang berlaku perpecahan yang ketara.

Perpecahan di dalam PKR dapat dilihat apabila Lateefah Kooya secara terang-terangan menyerang Rafizi Ramli sebelum ini. 

Keluarnya Muhammad Taib dari PKR juga memberi satu tamparan kepada Azmin Ali yang kelihatan resah melalui laman Twitternya sebelum sidang media khas yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam. 

Mana tidaknya, sebelum ini Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor menyanjung tinggi tindakan Muhammad Taib yang meninggalkan PAS dan menyertai PKR selepas parti PAS berpecah dengan PAN.

Bagi sesetengah pihak, Muhammad Taib mungkin tidak mempunyai pengaruh yang besar kepada pengundi muda di Selangor.

Tetapi apa yang pasti tindakan Muhammad Taib menyebabkan PKR yang kini menerajui kerajaan negeri Selangor kehilangan seorang 'kuda tua' yang masih mempunyai pengaruh di kalangan rakyat Selangor.

Adios...!






Wednesday, March 8, 2017

#DINARDIRHAM : ANAK MALAYSIA BERKONGSI KEPAKARAN TEKNOLOGI BLOCKCHAIN DENGAN KERAJAAN DUBAI



Dubai antara hab perdagangan terbesar dunia yang merekodkan jumlah dagangan bukan minyak berjumlah USD176 bilion untuk separuh pertama tahun 2016. 

Sebelum ini saya terbaca satu laporan Reuters mengenai kerajaan Dubai melancarkan satu skim menggunakan teknologi blockchain untuk memproses transaksi dan menjejaki barangan yang dihantar. 

Menurut laporan tersebut, kerajaan Dubai bekerjasama dengan IBM dan dua bank di negara itu telah pun menggunakan teknologi blockchain bagi traksaksi pembiayaan perdagangan. Rujuk keratan akhbar di  bawah :


Malah Dubai menyasarkan untuk menjadi negara pertama menerokai sepenuhnya teknologi blockchain menjelang tahun 2020 berbanding Malaysia yang meletakkan sasaran untuk menggunakan teknologi blockchain menjelang tahun 2025. 

Boleh rujuk dari laporan The Cointelegraph.

Apa yang membanggakan adalah, rakyat Malaysia yang juga Co Founder DinarDirham, Arai Ezzra dijemput oleh kerajaan Dubai untuk berkongsi kepakaran beliau dalam bidang teknologi blockchain melalui Keynote 2017, World Blockchain Forum yang berlangsung di Burj, Al Arab, Dubai pada 6 Mac lalu yang turut dihadiri Mohammed Shael Al Saadi, CEO of Strategic Affairs at Department of Economic Development dan Wesam Lootah, CEO at Smart Dubai Government.

Mohammed Shael Al Saadi,
CEO of Strategic Affairs at Department of Economic Development 
Berikut sedikit gambar dari Keynote 2017, World Blockchain Forum yang berlangsung 6 Mac tempoh hari di mana DinarDirham merupakan Supporting Partners bersama dengan Bitcoin.


Arai Ezzra ketika pembentangan mengenai The Blockchain & Gold.



Ironinya, di sebalik kejayaan Arai Ezzra dalam bidang teknologi Fintech di luar negara, melalui DinarDirham yang dibangunkan beliau yang turut menjadi contoh kepada beberapa syarikat antarabangsa seperti Digix Global, Code Tract and UK Royal Mint seperti dilaporkan Jim Manning ETHnews - masih ada tanggapan negatif terhadap beliau di Malaysia gara-gara tuduhan liar yang dibuat ke atasnya melalui laman-laman Facebook.

Bagi saya kerajaan patut mengambil inisiatif dengan mengiktiraf peranan Arai Ezzra yang telah meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara luar dalam bidang teknologi blockchain kerana kepakaran beliau diiktiraf di peringkat global.

Adios..!

Tuesday, February 28, 2017

#DinarDirham SUDAH TEROKAI TEKNOLOGI BLOCKCHAIN - TAPI KERAJAAN BARU SASAR GUNA BLOCKCHAIN TAHUN 2025?


Terbaca petikan Utusan Malaysia dalam ruangan UtusanBiz yang melaporkan Malaysia mensasarkan untuk menggunakan teknologi blockchain pada tahun 2025. 

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Datuk Dr. Yusoff Sulaiman.

Jika diperhatikan ia sesuatu yang bagus, kerana teknologi blockchain telah dikenalpasti antara 10 teknologi terbaik oleh World Economic Forum (WEF) pada tahun lalu. Namun, jangka masa yang disasarkan iaitu 18 tahun dari sekarang bagi saya terlalu lama.

Kenapa saya kata kerajaan meletakkan sasaran terlalu lama?

Kerana ada anak tempatan yang telah pun menerokai teknologi blockchain sejak tahun 2015, malah beliau turut dijemput menjadi panel di hadapan pemain-pemain industri kewangan dunia.

Individu yang saya maksudkan adalah Arai Ezzra, Co Founder, DinarDirham yang telah memenangi anugerah di Shenzen, China seperti dilaporkan Sinar Harian sebelum ini. Malah saya juga turut menulis mengenai kejayaan anak muda ini dalam posting saya sebelum ini.


Selepas berjaya memenangi anugerah di China Forex Expo di Shenzen, Arai Ezzra melalui teknologi DinarDirham diundang sebagai panel di The North American Bitcoin Conference yang berlangsung di Miami bulan lalu.

Dan lebih membanggakan baru-baru ini Arai Ezzra berjaya membuka mata pemain-pemain besar dalam industri kewangan dan Forex apabila berjaya membuat pembentangan bertajuk “BLOCKCHAIN, SOLUTION FOR GOLD” dalam iFX Forex Expo di Hong Kong.





Jadi, kenapa MIGHT harus menggunakan kepakaran orang luar negara seperti Andreas M. Antonopoulus sedangkan ada anak tempatan yang telah terbukti berjaya membuka mata ramai pemain-pemain industri kewangan mengenai teknologi blockchain?

Bukankah kelakar bila kita meletakkan sasaran 18 tahun dari sekarang untuk menggunakan teknologi blockchain sedangkan ada anak tempatan telah berjaya menerokainya ketika ini?

Berikut adalah sedutan pembentangan oleh Arai Ezzra dalam bengkel iFX Forex Expo yang berlangsung di Hong Kong pada 21 hingga 23 Februari lalu :

Adios..! 

Thursday, February 23, 2017

#DINARDIRHAM TIADA KAITAN DENGAN DINAR DIRHAM GLOBAL - LAPORAN CHINA PRESS KURANG TEPAT!


Tiga hari lalu, Chinapress melaporkan satu artikel yang memetik daripada senarai terbaru skim Bank Negara Malaysia (BNM) di mana dalam artikel tersebut Chinapress mengaitkan DinarDirham sebagai sebuah skim cepat kaya atau skim piramid ponzi.

Berdasarkan laporan tersebut jelas menunjukkan wartawan Chinapress tidak membuat penyelidikan kerana laporan berkenaan kurang tepat dan tidak keterlaluan saya sifatkan ia sebagai laporan yang tidak bertanggungjawab.

Petikan laporan Chinapress :

http://www.chinapress.com.my/?p=900206
Untuk pengetahuan wartawan Chinapress, DinarDirham tiada kaitan dengan Dinar Dirham Global yang disenaraikan oleh BNM sebagai Unlicensed activities. Sebaliknya, ada pihak lain yang menggunakan logo DinarDirham.

Malah pihak DinarDirham turut memberi respon melalui laman Facebook rasmi mereka di mana, pihak DinarDirham meminta agar Chinapress merujuk kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan pada 13 Januari 2017.


Dalam kenyataan tersebut, pihak DinarDirham menjelaskan bahawa mereka tiada kaitan dengan Dinar Dirham Global serta turut menjelaskan mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak memahami mengenai teknologi yang cuba diperkenalkan.

Malah mereka turut menjelaskan bahawa mereka tidak menerima apa-apa notis daripada pihak BNM. 

Boleh rujuk petikan kenyataan DinarDirham di bawah :

"We investigated further and found that Dinar Dirham Global is illegally using DinarDirham brand for their personal profit. We would like to clarify that DinarDirham does not have any relation with Dinar Dirham Global. Although we have registered DinarDirham’s name and logo as our trademark at the Intellectual Property Corporation of Malaysia (myIPO), we are not capable to completely supervise their unauthorised use by irresponsible parties. But once discovered, a serious legal action will be taken towards them.
We would like to inform that we did not receive any official information or inquiry from Bank Negara Malaysia (BNM).
We would like to emphasize that DinarDirham is registered in Hong Kong under its operational company, Gold Prime Technology Limited (Company Registration Number: 2325446). It has been our top concern to be regularized when entering market in any country, including Malaysia. We have appointed a legal representative in Malaysia to operate the trading process of certain DinarDirham’s products. It is Koperasi DinarDirham Berhad (KODINAR), registered under Malaysia Co-operative Societies Commission (SKM). KODINAR firmly complies every regulations and guidelines govern by SKM.
We are aware of parties who spread incorrect claims and assumptions regarding DinarDirham. There is no doubt that the technologies we are carrying; blockchain and cryptocurrency, have just emerged and only a few is able to grasp the concept on how they work. We will be glad to educate and present them to those who are still clueless about DinarDirham and our technology. We wish to collaborate with any organisation in order to achieve this mission. Besides that, we warmly welcome everyone to our gallery located at KODINAR’s building to get an insight on DinarDirham rather than spreading inaccurate information about us. On the other hand, we advise consumers to beware of individuals or entities using our brand for their personal benefits. Please do not hesitate to contact us should you suspect any individual, company or website abusing DinarDirham’s name and logo. For future updates on our products, please visit DinarDirham’s official website, www.dinardirham.com or KODINAR’s official website, www.coopdinardirham.com. For the latest updates on our activity, please like and follow our Facebook Page:www.facebook.com/DinarDirhamCom ."
Justeru, apa motif wartawan Chinapress membuat laporan melulu tanpa merujuk jawapan yang telah dikeluarkan oleh pihak DinarDirham pada 13 Januari lalu?

Melihat laporan tersebut yang dikeluarkan sehari sebelum berlangsungnya IFX Forex Expo di Hong Kong di mana Co Founder DinarDirham, Arai Ezzra merupakan salah seorang panel dalam ekspo berkenaan, saya tertanya-tanya apa motif Chinapress?


Arai Ezzra, Co Founder DinarDirham di Hong Kong

Saya tidak mahu menuduh tetapi apakah Chinapress tidak mahu teknologi yang diperkenalkan oleh anak Malaysia berjaya memasuki pasaran China sehingga sanggup mengeluarkan laporan yang kurang tepat dan menyifatkan DinarDirham sebagai sebuah skim cepat kaya?

Sebagai wartawan yang bertanggungjawab, tidak salah jika Chinapress mendapatkan kenyataan dari tuan punya badan sebelum membuat laporan.

Namun jika wartawan Chinapress tidak faham bahasa melayu dan inggeris, saya sarankan agar DinarDirham dan KODINAR mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin.

Adios...!


Thursday, February 16, 2017

Tuduhan Koperasi Dinar Dirham Berhad Tidak Berdaftar SKM Tidak Berasas!

Galeri Koperasi DinarDirham
Saya terbaca di satu laman blog yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Koperasi Dinar Dirham Berhad semalam. 

Berdasarkan artikel tersebut, saya terpanggil untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh penulis terbabit kerana terdapat beberapa kesalahan fakta dalam empat hujah yang dikemukakan.

Berikut adalah empat sebab dari penulis berkenaan :


Jika diteliti daripada empat sebab yang diberikan penulis, jelas menggambarkan bahawa penulis terbabit tidak melakukan penyelidikan sebelum melemparkan tuduhan secara membabi-buta. Dalam bahasa mudah, penulis tersebut sondol tidak pakai helmet.

Pendek kata, penulis tidak buat sedikit kajian sebelum buat tuduhan.

Pertama, tuduhan mengenai DinarDirham dimasukkan dalam watchlist Bank Negara Malaysia (BNM) telah pun dijawab oleh pihak DinarDirham - rujuk kenyataan di bawah :


Kedua, DinarDirham memperkenalkan DNC (DinarCoin) di mana ia bukanlah emas digital di alam maya semata-mata. Setiap DNC yg disimpan di dalam UBW wallet boleh ditukarkan secara 1:1 kepada dinar emas fizikal 999.9/24K.

Ketiga, penulis terbabit menuduh kononnya Koperasi DinarDirham tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - jelas menggambarkan bahawa penulis tersebut tidak habis membaca dan tidak pandai untuk mencari maklumat yang sahih.

Untuk pengetahuan pembaca, Koperasi DinarDirham Berhad adalah sebuah koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - buktinya,  Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Dr Noor Zari Hamat yang merasmikan bangunan berkenaan pada 30 November 2016.

Jika tidak berdaftar di bawah SKM, apa gila Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turun merasmikan pelancaran galeri koperasi tersebut?

Boleh rujuk laporan Sinar Harian : (klik sini untuk artikel penuh)


Jelas penulis terbabit gagal mencari maklumat sahih dengan pihak SKM, rasanya saya tidak perlu menulis dengan panjang lebar kerana pastinya hujah-hujah yang diberikan oleh penulis blog terbabit tidak relevan dan boleh dianggap satu tuduhan tidak berasas.

Adios...!


YY : Semak fakta sebelum tulis.

Monday, February 13, 2017

Anak Malaysia IFX Expo Asia Hong Kong!

Membawa sesuatu yang baru di Malaysia bukanlah sesuatu perkara mudah.

Lebih-lebih lagi di zaman masyarakat yang obses dengan media sosial, pasti pelbagai tuduhan dan tohmahan akan dilemparkan oleh netizen terhadap mana-mana individu yang cuba membawa sesuatu yang lain.

Itulah nasib yang menimpa Arai Ezzra, jika di Malaysia ada yang melemparkan tuduhan kononnya beliau adalah scammer.

Tetapi di luar negara terutama bagi pemain-pemain dalam indsutri Fintech Technology, Arai Ezzra berjaya membuka mata mereka kerana memperkenalkan Dinarcoin menggunakan teknologi blockchain.

Buktinya, selepas Arai Ezzra pembentangan mengenai Dinarcoin, Gold Backed and Crypto di The North American Bitcoin Conference bersama nama-nama besar seperti John McAfee, CEO MGT Capital Investment, Inc, Moe Leni, Founder, Keynotes Events dan Roger Ver, CEO Bitcoin.

Kini Arai Ezzra tersenarai antara Speaker utama di iFX Expo 2017 yang bakal berlangsung di Hong Kong pada 21 Februari hingga 23 Februari 2017. Rujuk (sini)

Barisan Speakers di iFX Expo 2017 - Hong Kong
iFX Expo merupakan ekspo terbesar di Asia yang bakal melibatkan 80 peserta dan penaja dengan 2500 hadirin dari seluruh dunia - sedikit maklumat mengenai IFX Expo Asia 2017 (rujuk sini).

Video di bawah adalah Arai Ezzra ketika pembengangan mengenai Dinarcoin, Gold Backed and Crypto The North American Bitcoin Conference di Miami tempoh hari.

Ironi sungguh orang kita.

Hari-hari kita berbicara soal penguasaan ekonomi orang Melayu, tetapi apabila ada anak Melayu berjaya dan mahu menerokai teknologi blockchain yang dikuasai oleh pemain-main industri kewangan antarabangsa kita tanpa sedikit rasa bersalah menuduh beliau seorang scammer?

Fikir-fikirkan...

Arios..!


Wednesday, February 8, 2017

RAKYAT MALAYSIA DIIKTIRAF DI PERINGKAT GLOBAL. #DinarDirham #AraiEzzra

Arai Ezzra
Mungkin ramai yang tidak sedar seorang anak muda Malaysia telah berjaya membuka mata dan berjaya menandingi kemampuan pakar dalam bidang teknologi kewangan. Azrainuddin Zainal atau Arai Ezzra melalui teknologi DinarDirham telah berjaya memenangi anugerah Most Innovative Gold Fintech Provider di Shenzen Forex Expo tahun lepas.



Walaupun teknologi yang diperkenalkan oleh anak muda kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini boleh dikatakan baru dan tidak dikenali di Malaysia, Arai optimis dan yakin untuk membuka 100 cawangan di Malaysia menjelang tahun 2020.


Mungkin kerajaan patut membuka ruang untuk anak muda ini mengetengahkan teknologi yang diperkenalkan beliau melalui platform-platform dan juga agensi-agensi kerajaan. Jika pemain dalam industri kewangan global mengiktiraf anak Malaysia.


Kenapa tidak kita?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...