NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, October 27, 2015

Pembangkang Pening Bila Dato Azalina Othman Jaga Parlimen


Lama tak menulis, sejak parlimen bersidang pada 19 Oktober 2015, Ahli Parlimen pembangkang menunjukkan pelbagai aksi yang menjelikkan. Kebanyakkan pemimpin pembangkang langsung tidak menghormati institusi parlimen sebagai lambang demokrasi di Malaysia.


Pemilihan Dato Azalina Othman Said dalam barisan kabinet DS Najib Razak sebagai Menteri bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal parlimen dilihat mampu mengangkat kembali imej parlimen sebagai satu lambang demokrasi dalam pemerintahaan raja berpelembagaan di Malaysia.


Bermula dengan isu pemilihan Pengerusi PAC, undi tidak percaya kepada PM sehingga kontroversi penggantungan Kit Siang. Secara peribadi saya melihat beliau berjaya mengawal keadaan sidang parlimen walaupun ahli-ahli parlimen pembangkang berperangai seperti kera sumbang.



Setiap isu berbangkit berkaitan sidang parlimen dijawab dengan baik sekaligus menghalang segala bentuk pembohongan yang cuba diwujudkan oleh pihak pembangkang. 

Malah isu membabitkan keselamatan parlimen ekoran kontroversi beberapa wartawan yang memasuki tempat duduk ahli parlimen turut dijawab dengan pantas.


Setiap kenyataan yang dibuat boleh dikatakan tidak mampu dibalas oleh pembangkang, maka tidak hairanlah jika kebanyakkan pemimpin pembangkang lebih suka menyerang peribadi Dato Azalina Othman Said berbanding menjawab hujah yang beliau kemukakan.

Bagi saya jika beliau mampu melaksanakan tugas menjaga hal ehwal parlimen dan mengembalikan semula imej Biro Tata Negara (BTN) - saya tidak peduli apa Dato Azalina Othman mahu pakai, atau apa fesyen rambut beliau mahu gayakan.


Saya menilai apa yang beliau cakap dan apa yang beliau laksanakan. Kalau pembangkang boleh menerima DS Anwar Ibrahim sebagai pemimpin walaupun mahkamah telah mengesahkan beliau bersalah meliwat.

Kenapa penyokong UMNO sukar menerima kehadiran Dato Azalina Othman Said dalam barisan kabinet DS Najib Razak - lebih mengecewakan penyokong UMNO dilihat mendahului pembangkang dalam bab kutuk-mengutuk.

Namun, itulah hakikat orang UMNO hari ini - kita lebih suka mengkritik dan bercakap tentang kelemahan sendiri berbanding kelemahan pihak lawan.

Padahal, ketika ini pemimpin pembangkang dalam keadaan bingung dan terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk menghuru-harakan perjalanan sidang parlimen sehingga mereka terpaksa berbohong kononnya Kit Siang digantung kerana mengkritik 1MDB.



YY : Sokong pemimpin selepas dengar dan faham apa mereka cakap, bukan tengok apa yang menteri pakai heh!

1 comment:

Anonymous said...

Itulah cara pembangkang......suka merendahkan maruah orang lain sedangkan maruah diri dan keluarga sendiri pun tak terjaga....syabas datuk azalina memang seorang menteri yang bagus ...ketika dia menjadi ketua puteri UMNO...gilang gemilang puteri tapi sejak kebelakngan ini puteri macm ketuanya juga ....lembab ....maaf cakaplah....asyik jaga badan je ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal