NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, July 31, 2015

[VIDEO] : KONTROVERSI PLAT 'PATRIOT', YPNM CABAR @nweiaik SERTAI FORUM TERBUKA


Susulan plat PATRIOT kembali dibangkitkan oleh Ng Wei Aik pada 25 Julai lalu, YPNM menjemput tiga pemimpin DAP untuk hadir sertai forum terbuka yang disiarkan langsung di BernamaTV.

YPNM melihat tindakan beberapa pemimpin DAP yang menjadikan YPNM sebagai modal politik untuk menghentam MCA merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, bagi menjelaskan semua kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak yang berkepentingan dalam politik, BernamaTV bersetuju untuk memberi ruang kepada YPNM bersama pengkritik bersiaran langsung melalui rancangan Bual Bicara, hari Rabu depan.

Laporan Kini.TV :
"Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) has challenged critics of the sale of "Patriot" vanity plates to a live debate."


YY : What say you YB Ng Wei Aik, Nga Kor Ming, Liew Chin Tong..?

Tuesday, July 28, 2015

Admin FB Pseudoscience Watch Diminta Buktikan Tuduhan Terhadap Syed Mier


Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu pengguna. Berdasarkan pemerhatian, admin PW mewujudkan laman Facebook tersebut sebagai inkuiri untuk membincangkan khasiat di sebalik produk kesihatan yang berada di pasaran.
Dari maklumat yang dipaparkan, inkuiri ke atas sesuatu produk dibuat berdasarkan saintifik.

Jadi, saya tidak menolak kemungkinan admin PW mempunyai latar belakang bidang saintifik berdasarkan hujah yang dikongsikan bersama pengikut mereka.

Namun saya terpanggil untuk mempersoalkan tindakan admin PW, kerana mereka dilihat agak keterlaluan apabila mendakwa ada mangsa meninggal dunia selepas mengikuti protokol Tuan Syed Mier. 

Malah tidak keterlaluan saya katakan admin PW sebenarnya tidak ikhlas dalam inkuiri mereka.

Rujuk posting di bawah :


Berdasarkan posting bertarikh 15 Julai 2015, jelas menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dan membuat analisis membuta tuli.

Lebih parah apabila ia seperti memberi gambaran tiga pesakit meninggal dunia selepas mengikuti protokol rawatan dari Tuan Syed Mier.


Bagi saya, kita manusia hanya mampu berusaha untuk mengubati penyakit tetapi Allah SWT yang menentukan sama ada penyakit itu boleh sembuh atau sebaliknya.

Melihat posting bertarikh 15 Julai 2015, saya keliru dengan tindakan admin PW. 

Kalau benar Facebook PW menjalankan inkuiri ke atas sesuatu produk kesihatan bersandarkan hujah saintifik demi kepentingan orang ramai.

Tidak mungkin mereka mengeluarkan posting yang menimbulkan keraguan terhadap pembaca. 

Berdasarkan point nombor 5, saya ingin bertanyakan tiga soalan mudah kepada admin Facebook PW.

Pertama, adakah admin PW bermaksud kematian pesakit berkenaan disebabkan produk B17?

Kedua, adakah admin PW ingin mengatakan Tuan Syed Mier bertanggungjawab terhadap kematian tiga pesakit berkenaan?

Ketiga, adakah admin PW mahu mengatakan kematian tiga pesakit disebabkan gelaran professor palsu yang digunakan oleh Tuan Syed Mier?

Persoalannya, apakah bukti yang dikemukakan oleh admin PW untuk menyokong tuduhan yang dibuat terhadap Tuan Syed Mier?

Justeru, bagi membuktikan admin PW benar-benar ikhlas dalam setiap inkuiri mereka - saya mohon admin PW tampil dengan bukti serta jumlah mangsa yang membuat aduan berkaitan Tuan Syed Mier.

Ini adalah langkah terbaik untuk membuktikan admin PW tidak berbohong atau mempunyai niat lain dalam setiap posting yang dikongsikan bersama 30 ribu pengikut di laman Facebook mereka.

YY : Boring tengok jaguh di Facebook heh!

Monday, July 27, 2015

ISU PLAT #PATRIOT1 : YPNM JEMPUT DAP @nweiaik SERTAI FORUM TERBUKA?



SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat DAP iaitu Nga Kor Meng dan Liew Chin Tong. 

Dua hari lalu, MP Tanjong, Ng Wei Aik cuba membangkitkan semula isu PATRIOT dengan menulis surat kepada MCC agar bertindak terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan YPNM.

Berdasarkan tindakan DAP yang mengaitkan Datuk Seri Liow Tiong Lai, DAP sebenarnya menjadikan plat PATRIOT sebagai peluru dalam usaha mereka untuk menyerang kepimpinan MCA.

Selain itu, saya berpandangan bahawa DAP tidak senang apabila Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) diberi kebenaran untuk menjalankan penjualan nombor plat khas PATRIOT.

Kerana hasil jualan plat tersebut akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Malah, tindakan DAP melalui Nga Kor Ming, Liew Chin Tong dan kini Ng Wei Aik membuktikan mereka memang bersifat rasis serta double standard!

Kenapa hanya PATRIOT sahaja yang diserang dan dijadikan isu oleh DAP sedangkan penjualan plat PATRIOT dilakukan secara terbuka melalui sistem online. Tidak seperti plat siri khas SAS, di mana ia dijalankan oleh sebuah syarikat TAT ALLAINCE SERVICES SDN. BHD.


Memandangkan isu plat PATRIOT dibangkitkan semula oleh DAP, saya menyarankan agar pihak YPNM menghantar jemputan debat kepada setiap pemimpin DAP yang membangkitkan dan menggunakan YPNM sebagai modal politik sempit mereka.

Melalui debat atau forum terbuka di televisyen atau radio, kekeliruan masyarakat terhadap YPNM dapat diperjelaskan supaya ia tidak terus dijadikan isu politik oleh pembangkang.

Persoalannya, adakah pemimpin DAP berani untuk tampil berdebat dengan YPNM?

What say you Ng Wei Aik, Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong?

Artikel sebelum mengenai plat PATRIOT : SINI dan SINI

Arioss...!

YY : Tak bagi muka terutama kepada DAP!

Saturday, July 25, 2015

SINDIKET GORES & MENANG BESAR KEPALA, DI MANA PIHAK BERKUASA?



Seminggu sebelum hari raya, saya tertarik melihat kesungguhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membanteras sindiket gores dan menang, kerana mangsa penipuan sindiket gores dan mencecah puluhan ribu orang.

Ia bukan isu baru, sebaliknya telah menghantui rakyat Malaysia lebih 20 tahun, kesungguhan PPIM untuk membanteras sindiket gores dan menang wajar dipuji.

Langkah drastik yang diambil PPIM menjadikan isu gores dan menang memasuki satu fasa baru.

Sebelum itu, kita ikuti dua laporan berkaitan sindiket penipuan gores dan menang yang berjaya dibongkar oleh PPIM seminggu menjelang hari raya.

Laporan 999, 7 Julai 2015 :



Laporan Harian Metro, 8 Julai 2015 :



Hasil dua laporan di atas, saya difahamkan PPIM menerima puluhan aduan dari mangsa sindiket gores dan menag.

Manakala di bawah adalah laporan akhbar pada tahun sebelum ini.

Laporan Utusan Malaysia,11 September 2013 :


Laporan Sinar Harian, 24 Ogos 2014

Laporan RTM, 22 Mei 2015



Selain menipu mangsa dengan habuan lumayan, difahamkan ejen gores dan menang turut menggunakan kaedah memukau mangsa sebagaimana dikatakan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas, (UTK) PPIM yang terlibat membongkar aktiviti gores dan menang sebelum ini.



Berdasarkan laporan akhbar, boleh dikatakan kes membabitkan sindiket gores dan menang dilaporkan hampir saban tahun.

Tetapi sehingga ke hari ini, sindiket gores dan menang masih mampu beroperasi dan terus menipu pengguna dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat.

Persoalannya, kenapa sindiket gores dan menang dilihat kebal?

Setelah berpuluh operasi dan tangkapan dibuat, kenapa kebanyakkan sindiket gores dan menang terus berani beroperasi?

Adakah benar dakwaan bahawa sindiket gores dan menang dilindungi pihak tertentu dalam agensi penguatkuasa?

Adakah kerana hukuman denda yang dikenakan ke atas sindiket gores dan menang terlalu ringan?

Saya beranggapan hukuman denda sekitar RM2,000 dan penjara sebulan punca anggota sindiket gores dan menang tidak takut untuk meneruskan aktiviti penipuan mereka.

Selain itu, saya juga tidak menolak kemungkinan sindiket gores dan menang terus bermaharajalela kerana ada orang dalam agensi penguatkuasa turut terlibat melindungi mereka.

Dua agensi penguatkuasa yang mempunyai bidang kuasa membanteras dan menangkap ejen sindiket gores dan menang adalah KPDNKK serta PDRM.

Melalui perlindungan inilah, sindiket gores dan menang menjadi kebal dan sukar dibanteras serta dihapuskan sebagaimana kesukaran kita menghapuskan kewujudan premis yang menjalankan aktiviti perjudian online.

Selain mendapat perlindungan dari pihak tertentu dalam agensi penguatkuasa, sindiket gores dan menang turut dijaga kumpulan gangsters. 

Sebab itulah ejen gores dan menang berani menjalankan operasi secara terbuka di pasar raya besar seluruh negara sehingga berani menggunakan kekerasan ke atas mangsa mereka sebagaimana laporan Harian Metro hari ini.


Jika sindiket gores dan menang terus dibiarkan tanpa tindakan tegas dari agensi penguatkuasa undang-undang, tidak mustahil satu hari nanti rakyat mengambil tindakan sendiri sebagaimana berlaku di Plaza Low Yatt.

Apakah pihak berkuasa mahu rakyat mengambil tindakan sendiri baru mereka mahu bertindak?

Dalam artikel seterusnya saya akan mendedahkan rakaman percakapan ejen sindiket gores dan menang yang mendakwa telah membuat bayaran secara bulanan kepada pihak atasan dalam agensi penguatkuasa dan kumpulan gangster.

Nasihat saya kepada pegawai dari KPDNKK dan PDRM, ambil tindakan drastik sebelum ada pihak mengambil tindakan sendiri.

Arioss...!

YY : agen Jason Bourne telah buat intipan hampir sebulan ke atas semua syarikat yang menjalankan aktiviti gores dan menang di sekitar Kuala Lumpur, tunggu...!

Sunday, July 12, 2015

PLAT PATRIOT, PLAT SAS : APA BEZA DI MATA DAP & WARTAWAN MALAYSIAKINI?


Isu kontroversi plat Patriot nampaknya cuba ditutup oleh Malaysiakini tanpa mendapatkan respon dari Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong selepas penjelasan yang diberikan oleh pihak JPJ dan YPNM.

Dalam bahasa mudah faham, Malaysiakini bersikap baling batu sembunyi tangan!

Rujuk dua artikel sebelum [SINI] dan [SINI]

Bagi saya, kontroversi plat Patriot yang sengaja ditimbulkan oleh Malaysiakini tidak selesai selagi pihak-pihak yang melemparkan tuduhan ke atas YPNM tidak membuat permohonan maaf secara terbuka.

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab Malaysiakini yang mengaitkan YPNM dengan kroni UMNO - imej YPNM sedikit sebanyak terjejas sekaligus merosakkan reputasi YPNM sebagai sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi melahirkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, tidak salah rasanya untuk saya bertanya kenapa Malaysiakini, DAP dan pihak-pihak pembangkang tidak mahu membangkitkan isu Plat SAS yang dikeluarkan sempena Ulang Tahun Kelahiran Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Baca laporan penuh
Penjualan plat SAS 1 hingga SAS 9999 dijalankan oleh sebuah syarikat TAT ALLAINCE SERVICES SDN. BHD di mana Datuk Seri Johny Ch’ng Ewe Gee (gambar) merupakan Naib Pengerusi dalam syarikat berkenaan.



Saya timbulkan persoalan ini ekoran perbezaan antara penjualan plat PATRIOT dengan plat SAS. Berdasarkan laman web, plat PATRIOT membuka peluang untuk sesiapa saja membuat bidaan selain mengetahui status bidaan semasa.
Tetapi plat SAS dijual secara tertutup, di mana pelanggan yang berminat perlu melalui tiga langkah di bawah untuk mengetahui status harga.


Berdasarkan perbezaan proses pembidaan antara plat PATRIOT dan SAS, bagi saya proses penjualan plat PATRIOT lebih telus.

Di mana jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) diketahui berbeza dengan pendapatan dari penjualan plat SAS yang hanya diketahui oleh syarikat yang menguruskan penjualan plat berkenaan.

Jadi, kita nak tanya Malaysiakini, DAP dengan sekutu mereka - kalau plat PATRIOT dijadikan kontroversi konon berkait dengan kroni UMNO.

Apakah plat SAS berkait dengan kroni DAP atau kepentingan orang cina sehingga Malaysiakini tidak pernah bersuara atau membangkitkan perkara ini?

Kita juga mahu bertanya dengan ADUN Umno dari Kempas - antara penjualan PATRIOT dengan SAS yang mana satu persis aktiviti pelacuran?

Arioss...!

YY : teringin tengok forum terbuka antara DAP dengan YPNM.

Saturday, July 4, 2015

PLAT PATRIOT : @JPJ_Malaysia ALUKAN @SPRM_Malaysia, KINI DAP MEMBISU, ADUN UMNO SEMBUNYI DALAM KAIN PELACUR!


Sambung dari artikel sebelum KLIK SINI.

Sebelum kita sambung kontroversi plat PATRIOT, pujian harus diberikan kepada DS Najib Razak di atas tindakan beliau menyaman portal berita luar negara The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) ekoran mendakwa RM2.6 billion wang 1MDB telah dimasukkan ke akaun peribadi milik DS Najib Razak.

Ia satu tindakan yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia - steady Ah Jib Gor!

Berbalik kepada kontroversi plat PATRIOT, saya tertunggu kenyataan rasmi JPJ selepas YPNM bertindak mengeluarkan maklum balas melalui laman Facebook rasmi mereka menjawab tuduhan yang dibuat Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong.

Gambar hiasan
Maklum balas tersebut dikeluarkan ekoran penjelasan Pengerusi dan Timbalan YPNM dalam sidang media sebelumnya turut diputar belit Malaysiakini. 

Untuk penjelasan YPNM [KLIK]

Posting dari FB rasmi YPNM bertarikh 27 Jun untuk tatapan Dr Afifbahardin
yang menuduh YPNM tiada buat sebarang aktiviti
Melihat kontroversi plat PATRIOT mula reda ekoran isu yang ditimbulkan oleh WSJ, saya beranggapan pihak JPJ akan terus berdiam diri tanpa membuat kenyataan rasmi.

Namun petang semalam, Ketua Pengarah JPJ, Dato Ismail Ahmad tampil membuat sidang media bagi menjawab dakwaan berhubung kontroversi plat PATRIOT yang diberikan kepada YPNM.

Meneliti kenyataan KP JPJ, bagi saya ia adalah satu penjelasan lengkap dan menjawab semua tuduhan. Selain menjawab kontroversi yang ditimbulkan pihak pembangkang, JPJ bertindak mengulangi pendirian Datuk Seri Hishammudin Tun Husein.

Di mana pihak JPJ sedia memberi kerjasama kepada SPRM dan mengalu-alukan sebarang penyiasatan.

Berikut adalah penjelasan JPJ :




Jadi, semua tuduhan Nga Kor Ming, Liew Chin Tong dan Afif Bahardin dari Angkatan Muda PKR ke atas Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) jelas bermotifkan politik. 

Ramai bengong memikirkan kenapa isu bodoh begini yang DAP dan PKR timbulkan.

Andai kata dalam PRU 14 kelak, DAP dan PKR ditakdirkan berjaya merampas pentadbiran kerajaan daripada BN. 

Apakah DAP dan PKR mahu melahirkan anak muda bersifat ekstremis dan tiada semangat cintakan negara?


Apakah DAP dan PKR mahu melahirkan rakyat yang berani mengigit anggota polis?


Apakah DAP dan PKR mahu rakyat berkebolehan bermain fitnah tatkala anggota keselamatan bertarung nyawa seperti Tian Chua lakukan?


Apakah DAP dan PKR mahu melahirkan lebih ramai golongan yang mampu merosakkan harta benda kerajaan setiap kali berhimpun seperti berlaku dalam BERSIH 3.0?


Saya percaya DAP dan PKR tidak mahu ini semua berlaku jika mereka menerajui kerajaan Malaysia. 

Sampai bila parti-parti politik mahu bermain dengan politik kebencian bagi memastikan rakyat terus bercakaran akibat perbezaan ideologi politik?

Di mana ADUN UMNO kawasan Kempas, Pulai Johor, Tengku Putra Haron selepas penjelasan JPJ - apakah sedang bersembunyi dalam kain pelacur?

Wahai DAP, wahai PKR, wahai ADUN UMNO Kempas.

Mari sini YY nak beritahu, sempena bulan puasa tolong simpan sikit bangang untuk waktu berbuka nanti.

Arioss...!

YY : Hajat nak bida PATRIOT1616 

Friday, July 3, 2015

KONTROVERSI PLAT PATRIOT : ANTARA MP DAP, ADUN UMNO & PELACUR


Saya terkesima melihat laman portal Malaysiakini menyiarkan lebih 10 laporan membabitkan plat khas 'PATRIOT' yang dilaksanakan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM). 

Seperti kita tahu, laman Malaysiakini merupakan sebuah portal tidak telus kerana sering memutar belit kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh PM serta anggota Menteri Kabinet. 

Boleh dikatakan hampir semua wartawan Malaysiakini mempunyai kepakaran dalam memanipulasi laporan mereka bagi memberi kelebihan kepada pembangkang, 

Jika diteliti setiap tajuk berita yang disiarkan Malaysiakini sering menimbulkan kekeliruan sekaligus membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Terbaru Malaysiakini menimbulkan kontroversi terhadap nombor plat PATRIOT ekoran nombor plat khas PATRIOT 1 difahamkan telah dibida dengan harga RM1.3 juta.

Tidak keterlaluan jika saya katakan sepanjang dua hari ini, laman tersebut seolah-olah tidak menyiarkan berita lain selain PATRIOT.

Saya tidak hairan jika Nga Kor Ming yang membangkitkan tuduhan kononnya wujud salah guna kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat dalam penjualan plat PATRIOT kerana memfitnah dan membuat tuduhan liar merupakan SOP bagi setiap pemimpim pembangkang.

Namun, apabila ADUN UMNO dari Kempas, Johor, Tengku Putra Haron Aminurashid turut bertindak menjadi penyambung kepada lidah DAP dengan melemparkan tuduhan liar dan biadap.

 Bagi saya ia adalah keterlaluan dan tidak boleh dibiarkan.

Apa punya gila wakil rakyat UMNO menyifatkan yayasan yang ditubuhkan oleh seorang bekas pegawai kanan ATM yang telah 33 tahun berkhidmat dalam pasukan ATM selepas insiden Lahad Datu seperti aktiviti pelacuran.



Saya juga tidak faham atas kapasiti apa wartawan Malaysiakini merujuk dan mendapatkan kenyataan dari beliau?

Berapa ramai wanita terdiri dari rakyat dalam DUN Kempas dipaksa menjadi pelacur sehingga beliau mengeluarkan kenyataan biadap ke atas YPNM?

Mungkin beliau berjaya memegang jawatan sebagai Director dalam Kangzen Kenko International Group dari tahun 1998 sehingga 2004 selepas melacurkan diri kepada pemegang saham dalam syarikat berkenaan?

Jadi, dari menjadi pelacur percuma kepada Nga Kor Ming, lebih baik kamu menjenguk rakyat di DUN Kempas bawah Parlimen Pulai - bimbang ia terlepas kepada DAP dalam PRU14 kelak.

Wahai ADUN UMNO bengong!

Apa kata kamu tanya Nizar Jamaluddin dan Guan Eng duit kerajaan negeri atau duit sendiri untuk beli golden number?

Flashback :



Bersambung...

YY : tak pernah takut cuma tak sampai hati nak bogelkan ADUN UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...