NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, March 9, 2014

Persenda Tragedi #MH370 Pembangkang di Malaysia Memang Tidak Berotak! #PrayForMH370


Ketika negara berduka dengan tragedi yang menimpa 227 penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 berbeza pula dengan gelagat parti pembangkang.

Mereka dilihat tidak sensitif, tidak peka serta tidak berotak.

Imbas kembali semasa kita dikejutkan dengan insiden serangan ke atas Lahad Datu, pembangkang bertindak menimbulkan spekulasi liar mengatakan kejadian tersebut adalah rancangan UMNO/BN bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap prosiding RCI Sabah.

Tidak belajar dari kesilapan, pemimpin serta totok pembangkang mengulangi tindakan yang sama mempersenda tragedi MH370.

Bukti kebodohan pemimpin dan pengikut pembangkang :








Manakala di bawah pula adalah spekulasi konon pihak MAS sengaja menutup perkara tersebut bagi melindungi reputasi syarikat mereka.


Terjemahan tulisan Km Ben di atas adalah ;
"Malaysia Airline know early about the plane incident but MAS want to protect the reputation so didn't make announcement. MAS is like Barisan National only corruption and didn't take care people life..."
Rakyat kita terlalu ghairah, mereka mahu menjadi yang pertama melaporkan berita mengalahkan wartawan bertauliah.


Seperti saya jelaskan di laman Facebook MAS tidak boleh sewenangnya beri kenyataan, mereka perlu berhati-hati kerana keutamaan bagi pihak MAS adalah ahli keluarga penumpang bukan pihak ketiga iaitu pihak yang tiada kaitan langsung dalam insiden tersebut.

Pendekatan pihak MAS adalah dengan menghubungi setiap ahli keluarga dengan kawalan dilakukan ke atas mereka supaya satu penjelasan terus dapat diberikan yang disertai oleh pakar psikologi.



INFO perlu kita tahu ;
1. Penumpang Pelbagai Negara 
Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan. 
2. Hubungan Diplomatik 
MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini. 
3. Misi Melibatkan 5 Negara 
Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370. 
Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit. 
Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini. 
4. Tidak Semudah Yang Dijangka 
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula. 
5. MAS Tetap Dihati 
Kali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas. 
Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.

YY : DARI JADI PAKAR, LEBIH BAIK KAMU BERDOA!

2 comments:

Anonymous said...

PARTI PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA IAITU DAP, PKR DAN PAS MEMANG JENIS BABI PUNDEK TAHAP TERTINGGI. APA SAYA YANG BERLAKU DINEGARA INI SEMUA NYA NAK DI POLITIKKAN. KAU ORANG TAK ADA OTAK..AKU NAK ULANG SEKALI LAGI..KAU ORANG TAK ADA OTAK. BERSIMPATI LAH SEDIKIT DENGAN KAUM KELUARGA PENUMPANG PENUMPANG. PAS DAN PKR SEBENARNYA DAH TAK ADA DALAM KAMUS AKU LAGI..PUAK PUAK BABU PUNDEK NI.

Anonymous said...

Org yg tak tau prosedur je yang komen macam org bodoh. Banyak isu dan prosedur yg kena laksanakan apabila melibatkan ruang atau perairan antarabangsa. Bukan main serondol membabibuta je.
Rose

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...