NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, March 30, 2014

Comango Liberal Bertopeng Kebebasan Bersuara & Hak Asasi Manusia #AntiComango


Comango bergerak di sebalik hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dalam meraih kepercayaan rakyat Malaysia supaya menyokong setiap tuntutan yang dibuat oleh mereka. 

Perenggan yang menyebut hak untuk bersuara dan berpersatuan yang terkandung dalam perlembagaan digunakan sebaik mungkin bagi mengaburi mata masyarakat Islam.

Sebenarnya gerakan liberalisme di Malaysia telah lama dijalankan oleh beberapa pihak melalui SUARAM.


Comango adalah penyambung gerakan liberalisme daripada kumpulan pernah mencadangkan penubuhan IFC yang mengandungi 14 tuntutan pada tahun 2010. Rata-rata anggota Comango terdiri dari kumpulan yang sama ketika mencadangkan penubuhan IFC.

Namun ancaman sebenar terhadap Islam di sebalik tuntutan Comango adalah gerakan Kristianisasi yang digerakkan dua individu di bawah :


Selain berselindung di sebalik kebebasan bersuara, hak asasi manusia Comango turut bergerak melalui hak kebebasan untuk media bagi menjayakan misi mereka. 


Jika diteliti keberanian gerakan liberalisme Comango dalam memperjuangkan tuntutan gila kepada kerajaan Malaysia kerana mereka didalangi oleh kumpulan parti politik pembangkang seperti DAP dan PKR.

Jadi apakah tindakan kita untuk menolak setiap tuntutan badan haram bernama Comango?

Sebelum mereka menuntut hak untuk seks dengan binatang, ayuh kita sepak Comango!



Tandatangani petisyen sejuta ummah menolak Comango [SINI]

Sertai #AntiComango Facebook page [SINI]


Arios...!

Saturday, March 29, 2014

Kadir Jasin Tandus Idea, Apa Lagi Bekas Editor NST Mahu?


Apa lagi Kadir Jasin mahu dari PM?

Tanya rakan-rakan blogger bila bekas editor NST tiba-tiba membuat kemunculan semula selepas menyepi seketika.

Kebanyakkan rakan blogger berpendapat, kemunculan semula Kadir Jasin bertujuan menghidupkan semula gerakan menjatuhkan DS Najib Tun Razak yang gagal disempurnakan sebelum ini.

Sebelum ini Kadir Jasin bersama beberapa blogger berbahasa inggeris lantang mengkritik DS Najib Tun Razak dengan melambakkan semua kesalahan bertujuan menggambarkan konon DS Najib Tun sebagai Perdana Menteri yang lemah.

Namun gerakan tersebut gagal menyakinkan kebanyakkan ahli UMNO.



Kegagalan meraih sokongan majoriti ahli UMNO adalah kerana gerakan tersebut dilihat tidak jujur dan jelas satu gerakan yang berkepentingan kepada kelompok kecil. 

Perkara ini turut didedahkan oleh Prof. James China bahawa blogger yang mendesak DS Najib Tun Razak berundur hanya menjalankan arahan 'paymasters' mereka.

Gerakan Kadir Jasin sebelum ini juga tidak mendapat sokongan majoriti bloggers dan cybertroopers kerana keceluparan dia mempertikaikan bloggers dan cybertroopers UMNO yang bertungkus-lumus membantu mempertahankan UMNO/BN dalam PRU13.


Lebih memalukan apabila, Dato Rockybru turut akui bahawa tiada individu dalam UMNO yang mampu menggantikan DS Najib Tun Razak.


Kini bekas editor NST ini cuba bermain sentimen konon UMNO ketandusan pemimpin sehingga tiada yang berani mencabar DS Najib Tun Razak. 

Tindakan Kadir Jasin yang tampil mendesak DS Najib Tun Razak berundur sebagai Perdana Menteri membuktikan bahawa dia sememangnya bermasalah dengan DS Najib Tun Razak sekaligus menafikan temubual beliau bersama Malaysia Gazette pada 21 Januari lalu.

Umum mengetahui tindakan Kadir Jasin mengkritik DS Najib Tun Razak adalah disebabkan kegagalan dia melobi jawatan sebagai Pengerusi Media Prima sebagaimana didedahkan oleh RBF dan Azri Malay Rights.


Ukuran populariti hanya retrorik Kadir Jasin semata-mata mahu mengaburi mata majoriti ahli UMNO bagi menghalalkan desakan beliau ke atas DS Najib Tun Razak. 

Jika populariti dijadikan ukuran, Kadir Jasin perlu mengimbau semula era 1980 hingga 1988, di mana waktu itu Tun Mahathir juga bukanlah seorang Perdana Menteri yang popular. 

Populariti Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia mula melonjak sekitar era 90 an, adakah adil membandingkan Tun Mahathir yang menerajui negara selama 22 tahun dengan DS Najib Tun Razak yang baru melepas penggal pertama?

Tahukah Kadir Jasin, di sebalik tidak popular seperti dikatakan oleh Kadir Jasin saudara islam di Mesir dari Ikhwan Muslimin mengiktiraf ketokohan DS Najib Tun Razak.


Cukup-cukuplah Kadir Jasin...

Orang dah nampak motif kamu...

Jangan buat orang muda hilang respek dengan tokoh wartawan ke-9.

Arios...!

#AntiComango : Tiga Sebab Kenapa Umat Islam Wajib Tolak COMANGO


Sebelum ini negara digemparkan tuntutan kontroversi oleh COMANGO ke atas kerajaan, antara tuntutan yang mencetuskan bantahan umat Islam adalah :
  • Malaysia digesa menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).
  • Malaysia digesa menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).
  • Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI).
Tiga tuntutan yang dibuat oleh COMANGO selain bercanggah dengan kesucian Islam ia turut menyentuh perkara yang termaktub dalam perlembagaan.

Tuntutan COMANGO juga bakal memberikan implikasi buruk kepada rakyat negara ini yang berbilang kaum.

Justeru, tiga sebab kenapa kita sebagai umat Islam wajib menolak COMANGO adalah ;
  • ICCPR - kerana memberikan hak kebebasan beragama dilihat bercanggah dan tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.
  • ICERD - kerana mencetuskan perkauman di mana melibatkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan orang Melayu dan kontrak sosial.
  • SOGI - kerana memberikan pengiktirafan terhadap amalan seks songsang Lesbian, Gay, Biseksual, dan perkahwinan sejenis, perkara ini selain tidak selari dengan hukum alam.


Luangkan sedikit masa untuk mendengar bahaya tuntutan COMANGO dan gerakan liberalisme yang dibawah oleh kumpulan manusia gila di zaman moden :



Jika anda belum menandatangani petisyen menolak COMANGO sila laksanakan tanggungjawab kita untuk memerangi musuh-musuh Islam [PETISYEN COMANGO]

Bersama tolak COMANGO menerusi laman Facebook - Anti Comango

Arioss...!

Friday, March 28, 2014

@IsmailSabri60 Sangkal Tuduhan PR, Penyenaraian Keluar BERNAS Tidak Jejaskan Pesawah! #DSIS


Beberapa hari yang lepas pembangkang menuduh konon Menteri Pertanian & Industri Asas Tani gagal menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB Alor Star semasa sessi penggulungan titah di Raja 2014 tempoh hari.

Menurut pembangkang DS Ismail Sabri gagal menjawab isu penyenaraian keluar Bernas dari Bursa Saham sama ada menjejaskan pesawah atau sebaliknya. 


Setahu saya perkara ini telah dijawab dengan jelas oleh DS Ismail Sabri dalam perenggan terakhir bagi menjawab soalan YB Alor Star mungkin saudara Fahmi Fadzil tidak fokus kepada setiap jawapan yang diberikan oleh menteri sepanjang sessi penggulungan berlangsung.
"YB Alor Setar telah membangkitkan isu berkaitan dengan BERNAS. 
Untuk makluman Yang Berhormat, 
Penyenaraian atau penyenaraian keluar BERNAS dari Bursa Malaysia tidak menjejaskan Perjanjian Konsesi semasa antara Kerajaan dan BERNAS serta tidak akan memberi kesan ke atas tanggungjawab dan obligasi sosial BERNAS kepada Kerajaan dan petani. 
Tanggungjawab dan obligasi sosial yang dilaksanakan oleh BERNAS berdasarkan Perjanjian BERNAS adalah seperti berikut:
(i) mengurus dan mengekalkan stok penimbal negara pada setiap masa; 
(ii) mengurus semua Pusat Belian Padi; 
(iii) menjadi Pembeli Terakhir Padi pada Harga Minimum Terjamin iaitu RM750 tan metrik; 
(iv) menguruskan Skim Subsidi Harga Padi dan Insentif Peningkatan Hasil (IPH); dan

(v) menguruskan Skim Kilang-Kilang Bumiputera.

Saya tidak tahu jawapan bagaimana yang diharapkan oleh pembangkang, kerana setahu bahagian akhir sessi penggulungan oleh DS Ismail Sabri, jelas beliau telah menjawab soalan tentang penyenaraian keluar Bernas dari Bursa Saham berdasarkan perjanjian antara kerajaan dan Bernas.

Jelas jawapan yang diberikan oleh kerajaan melalui DS Ismail Sabri bermaksud kerajaan akan memastikan pendapatan pesawah tidak terjejas akibat penyenaraian keluar Bernas dari Bursa Saham.

Mungkin bagi pembangkang melalui Malaysiakini perenggan yang saya nyatakan di atas bukan satu jawapan sebaliknya satu lagi persoalan.

Betul orang cakap, dari bersoal jawab dengan pembangkang - baik kita bersoal jawab dengan dinding ada juga faedahnya!

Hahaha...

Arioss..!

Wednesday, March 26, 2014

#MH370 One Of The Greatest Theory Conspiracy After Flight 800?


In 1996, TWA Flight 800 crashed off the coast of Long Island, killing all 230 people on board. The National Transportation Safety Board said that the crash was caused by a gas tank explosion. 

But many eyewitnesses claimed they’d seen a streak of fire heading towards the plane before it crashed. Some believe the aircraft was hit by a missile from a terrorist or a U.S. Navy vessel, and a cover up ensued. 

The documentary TWA Flight 800, which aired this summer on EPIX, contended there was proof of an external detonation, but that’s been denied.

My deepest condolences to the affected families of 239 passengers and crew on board.


#MH370 will be forever remembered...


Saturday, March 22, 2014

#PRKKajang : Sinar Harian Cover Kesilapan Anwar Ibrahim?


Kebiasaan mainstream media melaporkan berita berdasarkan kata-kata atau kenyataan seseorang, tetapi lain pula dengan Sinar Harian. 

Pada mulanya Sinar Harian melaporkan Anwar Ibrahim mencabar Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan memetik ucapan Anwar ketika bercakap dalam sessi dialog bersama anak muda Kajang.

Intro dalam video Sinar Harian turut memaparkan tajuk 'Anwar Cabar Zahid Letak Jawatan' :


Begitu juga dengan artikel berita :


Namun selepas ada pihak mengkritik Anwar Ibrahim sebagai nyanyuk kerana lupa bahawa Zahid Hamidi sudah bertukar portfolio, laporan berita dan video yang disiarkan oleh Sinar Harian diubah serta-merta.

Hahaha...

Tajuk 'Anwar Cabar Zahid Letak Jawatan' diubah kepada 'Anwar Cabar Menteri Pertahanan Letak Jawatan' :


Artikel berita juga diubah :



Adakah Sinar Harian tersilap atau Anwar Ibrahim benar-benar gila dan nyanyuk sehingga pihak Sinar Harian terpaksa cover kesilapan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim?



Siapa cover siapa...?


Hahaha...

Layan orang gila nak jadi PM dengan kita jadi gila...

Arioss..!

Foto : Sekitar #SelawatPerdana - Malam Cinta Allah & Rasul




















Sekalung penghargaan buat dua orang kuat (gambar bawah) di sebalik program Selawat Perdana dan jutaan terima kasih kepada semua anak muda yang terlibat sebagai sukarelawan dalam membantu melancarkan perjalanan program Selawat Perdana 2014.

Tahniah buat semua umat Islam yang hadir dan menyokong program Selawat Perdana malam tadi.

Semoga Allah membalas jasa kalian...


Arioss...!

Raw foto lihat di blog : Azmi Apa

Thursday, March 20, 2014

#PRKKajang : Fakta Mahkamah Terlebih Adil Kepada Anwar Ibrahim Walaupun Bersalah Meliwat Saiful Bukhari!


Mahkamah tidak adil...!

Mahkamah dimanipulasi oleh BN...!

Hakim telah dibeli oleh BN...!

Liwat dua adalah konspirasi dan fitnah BN untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim...!

Antara tuduhan yang dilemparkan oleh pemuja pemimpin 'anugerah Tuhan' selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim.

Sehingga ke hari ini, para pemuja Anwar Ibrahim masih tidak menerima hakikat pemimpin mereka adalah seorang peliwat. 

Bagi mereka jika liwat itu berlaku sekalipun, ia mungkin perangkap BN terhadap Anwar Ibrahim.


Hahaha...

Sebelum ini Rafizi Ramli tampil dengan penerangan video bagi menyokong dakwaan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah fitnah.


Antara yang dibangkitkan oleh Rafizi Ramli adalah :
  • Ketika kejadian Anwar sedang bermesyuarat bersama 14 individu lain.
  • Air mani tidak pernah muncul dan dibuktikan di mahkamah.
  • Sampel B5, B7, B8 mustahil ada sampel yang boleh ada DNA.
Kita tahu Rafizi Ramli serba boleh, sekejap jadi pakar ekonomi, sekejap jadi pakar undang-undang tetapi siapa sangka Rafizi juga boleh bertukar menjadi pakar DNA dan penyiasat kes jenayah seksual.

Disebabkan masih ramai totok PKR menganggap mahkamah dikawal oleh BN dan sengaja menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim. 

Terpaksa kita jawab satu persatu tuduhan yang dibuat oleh PKR terhadap sistem kehakiman negara kita.

Fakta sebenar yang membuktikan Anwar Ibrahim meliwat adalah :
1. Anwar tak berani menyahut cabaran Saiful untuk bersumpah Quran sebab takut dimakan sumpah.

2. Anwar tak berani berdiri di dalam kandang saksi sebab takut disoal balas oleh Pendakwaraya.

3. Anwar gagal menghadirkan 14 orang `Saksi Alibi’ yang dia janjikan kepada Mahkamah sebab semua saksi berkenaan tak sanggup bercakap bohong kepada mahkamah.

4. Anwar gagal menafikan melalui `Saksi Alibi’ bahawa dia berada di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 di antara jam 3.10 petang – 4.30 petang pada masa dia didakwa meliwat Saiful.

5. Anwar tak berani memberikan sampel DNA sebab dia tahu DNA dia sepadan dengan `semen’ yang diperolehi dari dalam dubur Saiful.

6. Tiga orang doktor yang memeriksa Saiful mengesahkan ada `anal penile penetration’ ke dalam dubur Saiful.

7. Ahli Kimia Dr. Seah mengesahkan ada `semen’ male `Y’ di dalam dubur Saiful yang sepadan dengan DNA Anwar.
Malah tuduhan Anwar Ibrahim meliwat turut dibuat oleh Karpal Singh yang mendakwa dia mempunyai bukti Anwar terbabit sodomi pada 22 Oktober 1997.

Ketika itu, Karpal meminta Anwar membersihkan namanya kerana dikatakan terlibat sodomi dengan Azizan Abu Bakar bekas pemandu Dr. Wan Azizah, memandangkan Anwar Ibrahim dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.

Benarkah hakim membuat keputusan terburu-buru?

Kita susuri kronologi perbicaraan liwat II sejak 2008 :
1. Kes ini telah mula dibicarakan pada 7 Ogos 2008.

2. Pada 3 Februari 2010 kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

3. Pada 9 Januari 2012 Anwar dibebaskan.

4. 20 Januari 2012 Pendakwa Raya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

5. Prosiding rayuan berlangsung pada 6 hingga 7 Mac 2014.

6. Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar pada 7 Mac 2014.

7. Anwar telah mengemukakan 67 kali penangguhan sepanjang tempoh mahkamah berjalan.

8. Keputusan dibuat selepas 6 tahun proses mahkamah, bukan keputusan tergesa-gesa.
Benarkah prosiding mahkamah rayuan - konspirasi kerajaan untuk menghalang Anwar Ibrahim di Kajang?

Banyak cantik muka PKR, semua benda konspirasi BN sedangkan hakikat yang sebenar adalah ;
1. Anwar tahu kes dakwaan liwat beliau terhadap Saiful dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sejak 3 Februari 2010.

2. Pendakwa Raya mengemukakan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sejak pada 20 Januari 2012.

3. Anwar sudah tahu lebih awal Prosiding Rayuan akan didengar pada 6 dan 7 Mac 2014.

4. Walhal PRK Kajang hanya timbul pada bulan Februari 2014 atas perancangan dia sendiri.

5. Anwar yang merancang perletakkan jawatan bekas ADUN Kajang yang membawa kepada PRK Kajang diadakan. Sebenarnya Anwar yang mengarahkan perletakan jawatan ADUN N.25 Kajang.
Akui sahaja liwat itu berlaku di antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari kerana Anwar Ibrahim memang pantang melihat jejaka jambu.

Arioss..!


YY : Tak tahan penggulungan hujah pendakwaraya, dalam mahkamah Anwar bangun sambil berkata - "Sudah-sudah la tu Shafee, awak dah dapat apa awak nak, tak perlu aibkan saya macam ni sekali.." haha tahu pulak dia malu eik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...