NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, January 14, 2014

Fenomena Kangkung : @khairykj Tak Berani Cakap @NajibRazak #SyokSendiri Haha!


Arnab memang suka makan kangkung, selain itu arnab juga suka makan karot.

Hahaha...

Tapi memandangkan karot belum turun harga, peternak arnab disaran menggunakan kangkung sebagai makanan rasmi arnab.

Apa jadah aku cerita pasal arnab dan kangkung tiba-tiba ni...

Sebab saya melihat fenomena kangkung menghantui pelayar-pelayar Facebook di Malaysia, bukan sahaja orang biasa malah artis juga tertarik dengan elemen kangkung. Antara artis yang membuat sindiran sinis terhadap isu kangkung adalah pelawak tersohor Zizan.

Hahaha...

Jika diperhatikan isu kangkung yang diperkatakan oleh PM, ia tiada apa yang pelik. PM cuma memberikan contoh bahawa tidak semua harga sayur itu naik. Tapi hasil manipulasi pembangkang ia berjaya menjadi fenomena di Facebook.

Tahniah buat PR...!

Di sebalik isu kangkung, satu persoalan timbul dalam fikiran saya. Di mana pasukan yang diberikan tanggungjawab menjawab dan mempertahankan pemimpin yakni Perdana Menteri kita iaitu DS Najib Razak?

Bukan saya yang suarakan hal ini, ia boleh dilihat di laman Facebook milik sahabat-sahabat yang lain, yang menarik perhatian saya dua komen di bawah :


Memang tak guna, PM dipermainkan, PM diperkotak-katikkan, PM juga menjadi bahan senda gurau kepada anak muda di laman Facebook. Saya beranggapan mereka yang diberikan amanah menjaga hal ehwal media Pejabat Perdana Menteri sebagai individu yang tiada maruah!

Selain itu ketiadaan jentera Biro Media Baru Pemuda UMNO, di bawah saudara Ibdillah Ishak juga agak mengecewakan saya selaku penyokong kerajaan. Di mana mereka tatkala PM diasak bertubi-tubi.

Saya tidak mahu ulas panjang mengenai Ibdillilah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO kerana saya berjanji memberikan masa untuk dia memperbetulkan apa yang tidak betul sekarang ini.

Kita tengok satu lagi komen yang agak menarik :



Saya masih ingat ketika dalam UMB dulu, Najib Razak pernah diserang kerana dikatakan menggunakan duit kerajaan bagi menanggung kos perbelanjaan pertunangan anaknya di Hotel Shang Ri La, Kuala Lumpur.

Ketika itu kami berupaya membalas, membidas kembali setiap tuduhan PR. Jika isu sebegitu besar pun kami di UMB dahulu mampu tangkis dalam masa yang singkat. Malu la isu kangkung pun kamu tak boleh nak tangkis.

Kesimpulannya, melihat situasi PM sekarang yang diasak bertubi-tubi ia lebih teruk berbanding zaman Pak Lah. 

Ketika zaman Pak Lah, jentera pembangkang sahaja yang mengasak beliau disamping satu pasukan pro UMNO yang beranggapan Pak Lah gagal menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Satu soalan akhir saya, dalam fenomena kangkung - siapa yang harus dipersalahkan?

Takkan nak salahkan kami bekas jentera Unit Media Baru yang kini sedang syok bercuti di Mauritius Island?

Ironinya di sebalik fenomena kangkung, KJ tidak pula berani mengatakan PM Najib Razak mengeluarkan kenyataan bersifat syok sendiri.

Hahaha...

Jangan lupa baca perdebatan hangat isu Jabatan Media Sosial yang memasuki hari kedua, di akaun Facebook rasmi yang diuruskan sendiri oleh saya bukan oleh pihak admin. [sini]

Hahaha....

Arioss...!

Dengar nasihat Ustaz Kazim - Jangan Syok Sendiri...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...