NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, October 18, 2013

Janice Lee Keluar Masuk Parti Macam Fun Fair, ROS Batalkan Sekali Lagi Pemilihan #CEC DAP?


Sekejap ahli sekejap bukan ahli...

Janice Lee bekas ADUN Teratai yang bertanding atas tiket bebas semasa PRU13 tempoh hari dilihat membuang undi ketika pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) minggu lalu. 

Ini menimbulkan persoalan kepada ramai pihak kerana sebelum ini Karpal Singh dalam satu sidang media bertarikh 22 April 2013 mengeluarkan kenyataan :
GEORGETOWN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee dipecat dari DAP hari ini kerana gagal menarik balik secara terbuka keputusannya bertanding sebagai calon Bebas, dalam tempoh 24 jam mulai semalam.
Melihat situasi dalam pemilihan semula CEC ia menunjukkan bahawa DAP membenarkan ahli parti itu bertanding atas tiket bebas melawan calon dari parti mereka sendiri.

Tetapi jika Janice Lee bukan ahli DAP sebagaimana dikatakan Karpal Singh pada 22 April 2013 namun dibenarkan perwakilan membuang undi bagi memilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat maka pemilihan semula CEC tempoh hari boleh dibatalkan oleh ROS buat kali kedua.

Jika tidak saya menjangkakan berkemungkinan besar, ROS akan menggunakan kuasa mereka untuk membatalkan pendaftaran parti DAP.



Atau kita masukkan saja parti DAP sebelum dibatalkan oleh ROS dalam Malaysia Books Of Records di atas rekod yang dicipta iaitu satu-satunya parti politik di Malaysia yang membenarkan bukan ahli mengundi bagi memilih pucuk pimpinan parti itu.

Hahaha...

Arios...!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...