NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, August 31, 2013

#PemilihanUMNO : Tahun 2008 Nur Jazlan Tarik Diri Tanding Timbalan Presiden, Kenapa Kali Ini Tidak Bertanding?

Menjelang pemilihan UMNO yang ditunggu-tunggu lebih 150,000 ahli perwakilan, kita dapat melihat semakin ramai pemimpin yang tampil menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam parti.

Bukan sahaja pemimpin yang memenangi kerusi parlimen dalam PRU13 tempoh hari malah pemimpin yang tewas di kerusi parlimen semasa PRU13 iaitu Datuk Puad Zakarshi turut serta menawarkan diri bagi mempertahankan jawatan MT.

Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang khabar atau pengumuman dibuat oleh Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan. Ini menimbulkan sedikit persoalan kepada para pemerhati politik kerana ketika pemilihan UMNO 2008, pada awalnya Datuk Nur Jazlan menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti iaitu Timbalan Presiden sebelum menarik diri.

Walaupun dipandang sinis keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua adalah kerana beliau berhasrat membawa pembaharuan dan menjadi suara orang muda di peringkat tertinggi parti. Tetapi hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana tiada pencalonan daripada bahagian-bahagian.

Dalam pemilihan UMNO 2008 pemimpin yang berhasrat bertanding jawatan tertinggi parti perlu mendapatkan jumlah kouta tertentu untuk bertanding sesuatu jawatan. Sistem kouta telah mengagalkan hasrat Datuk Nur Jazlan untuk membawa pembaharuan sekaligus mewakili aspirasi orang muda di peringkat tertinggi parti.

Setelah perlembagaan parti dipinda, jika ditanya pemerhati politik nama Nur Jazlan antara pemimpin yang disebut bakal menawarkan diri bagi merebut jawatan tertinggi parti menjelang pemilihan 2013, tetapi sehingga hari ini tiada sebarang pengumuman dibuat beliau. Adakah Datuk Nur Jazlan masih 'trauma' dengan pengalaman tahun 2008?

Kejayaan mempertahankan parlimen yang diwakilinya adalah bukti beliau merupakan pemimpin yang masih diterima oleh rakyat, terutama rakyat di sekitar parlimen Pulai. Tindakan Datuk Nur Jazlan sedikit sebanyak menimbulkan tanda-tanya, kenapa pemimpin yang diterima rakyat di parlimen seperti Nur Jazlan tidak mahu merebut jawatan tertinggi parti...?

Jika Isa Samad yang pernah terlibat politik wang masih tidak segan silu menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden, Puad Zakarshi yang tewas PRU13 tempoh hari masih mahu mempertahankan MT.

Datuk Nur Jazlan sewajarnya menawarkan diri bagi merebut sekurang-kurangnya ahli MT UMNO ini kerana telah berjaya mempertahankan Parlimen Pulai dengan majoriti lebih 3,000 walaupun berdepan dengan calon 'heavyweight' dari PAS iaitu Salehuddin Ayub semasa kempen PRU13 tempoh hari.

Hello!

Datuk Nur Jazlan, mahu beri ruang kepada orang muda atau Datuk sudah tidak berminat lagi dengan jawatan tertinggi dalam parti...?

@Zahid_Hamidi @PDRMsia - Tolong Siasat Hishammuddin Rais Kerana Menghasut & Menghina Jalur Gemilang!


Biadap dan kurang ajar!

Meneliti ucapan Hishammudin Rais, saya merasakan sewajarnya ia disiasat dan dikenakan hukuman setimpal oleh pihak berkuasa kerana bukan sahaja menghina bendera milik negara kita tetapi turut menghasut supaya rakyat supaya mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.


"Saudara-saudara sekalian...Lupakan Jalur 'Temberang', ini adalah bendera baru untuk negara Malaysia. Jalur 'temberang' adalah bendera tipu dari Amerika..."
Ini bukan kali pertama Jalur Gemilang dihina oleh pembangkang!

Malah berkali-kali!

Mungkin sikap tidak endah serta serius ke atas individu yang menghina Jalur Gemilang oleh pihak berkuasa negara kita telah mendorong binatang-binatang politik pembangkang mengulangi perbuatan  biadap dengan menghina dan mempertikaikan Jalur Gemilang.

Sewajarnya kerajaan Malaysia mencontohi tindakan yang dilakukan oleh pihak pemerintah di Indonesia yang memandang serius dan mengenakan hukuman yang berat terhadap kesalahan menghina bendera negara republik itu.



Tindakan biadap dan kurang ajar binatang politik bernama Hishammuddin Rais dengan mengatakan sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos bukanlah ulang tahun kemerdekaan sebaliknya ia merupakan HARI MALAPETAKA kepada rakyat Malaysia serta menghasut rakyat mengibarkan bendera Sang Saka Malaya menggantikan Jalur Gemilang adalah satu penghinaan besar kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56.

Hishammuddin Rais WAJIB ditahan dan dikenakan tindakan sebagaimana tindakan yang dikenakan ke atas penulis blog Syed Azidi atau kickdefella yang direman selama dua hari serta disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menjalankan kempen mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan pada 2008.



Jika kickdefella ditahan reman dua hari dan disiasat di bawah Akta Hasutan hanya kerana menyiarkan artikel mencadangkan sambutan kemerdekaan disambut dengan cara terbalikkan bendera Malaysia.

Apakah pemimpin politik dan pihak berkuasa akan berdiam diri dengan melihat kebiadapan Hishammuddin Rais yang terus-menerus menghina sambutan hari Merdeka dan mempertikaikan bendera kebanggaan 28 juta rakyat Malaysia?

Kita tunggu, kita lihat, kita nilai...

Arios!

YY : Nak jalankan kempen terbalikkan Timbalan Menteri Pertanian boleh?

Pemuda Akar Umbi UMNO Bahagian Putrajaya Sujud Syukur Khairun Aseh Tak Bertanding!


Membaca laporan dari bernama ia membuatkan saya bersama beberapa rakan pemuda di Putrajaya tergelak besar sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan jiran-jiran sebelah.

Hahaha....

Sebelum itu kita baca sedikit laporan bernama yang memetik kenyataan dari seorang pemuda yang berjawatan SUPOL Kanan PM :
Pengerusi Biro Aduan Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh mengesahkan tidak bertanding pada pemilihan parti kali ini. 
Beliau berkata keputusan itu adalah muktamad biarpun mendapat banyak sokongan dan dorongan daripada peringkat akar umbi untuk merebut jawatan kanan khususnya dalam sayap Pemuda.
Kahkahkahkahkah!

Ingatkan selepas mengangkat sumpah sebagai SUPOL PM, Khairun Aseh tidak lagi mengamalkan tabiat syok sendiri - tetapi ia nampaknya semakin menjadi-jadi.

Mari sini Khairun Aseh saya nak cerita...

Pertama pemuda akar umbi di Putrajaya melahirkan rasa syukur selepas membaca laporan bernama.

Kedua kemungkinan besar beberapa cawangan pemuda di Putrajaya bakal mengadakan kenduri kesyukuran di atas hasrat kamu itu.

Sokongan akar umbi konon...

Kempen PRU13 kamu menghilangkan diri dan yang terbaru dilaporkan hilang lagi sekali ketika cawangan dia menjalankan mesyuarat.

Gagal hadir ketika kempen PRU13, gagal hadir mesyuarat cawangan tak malu ke nak kata dapat sokongan akar umbi...?

Monyet dengar pun gelak...!



Kahkahkahkah!


Friday, August 30, 2013

#OneBro4NKP : Calon Naib Ketua Pemuda UMNO @Azwanbro Sifatkan Guang Eng Tidak Matang & Bodoh Haramkan #TandaPutera


Isu pengharaman tayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang yang hangat diperkatakan telah mengundang pelbagai respon masyarakat. 

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang melarang penayangan filem tersebut di pawagam-pawagam bagi Pulau Pinang membuktikan kerajaan pimpinan DAP tidak mengamalkan konsep keterbukaan yang sebenar.

Ekoran 'nasihat' Guang Eng mendapat bantahan dan kecaman yang diterima akhirnya kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengubah pendirian dengan membenarkan filem tersebut di tayangkan di Pulau Pinang mulai esok.

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun atau Azwanbro dalam kenyataan yang disiarkan di laman AZWANBRO.COM menyarankan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menonton terlebih dahulu filem berkenaan sebelum membuat tuduhan yang melulu dengan mengatakan ia sebuah filem yang bersifat perkauman.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung agar tidak menayangkan filem Tanda Putera adalah satu tindakan yang “amat bodoh” dibuat oleh seorang pemimpin negeri. 
Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah mengamalkan demokrasi dan kuku besi. Pengharaman Tanda Putera di Pulau Pinang memang telah dijangkakan, dengan pengharaman ini mungkin beliau beranggapan bahawa rakyat Pulau Pinang akan terus alpa dan lupa kepada sejarah negara. 
Persoalan yang harus kita tanyakan kembali kepada Pakatan Rakyat adalah, mengapa hanya di Pulau Pinang tayangan filem ini diharamkan? Sedangkan Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri di Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem berbentuk sejarah daripada ditayangkan di negeri tersebut? 
DAP Pulau Pinang menuduh Tanda Putera sebagai filem yang bersifat perkauman adalah sangat tidak matang dalam menilai filem tersebut. Saya menyarankan agar kita menonton terlebih dulu filem Tanda Putera sebelum membuat kesimpulan melulu. 
Saya dimaklumkan segala babak yang diwujudkan dalam filem ini berlandaskan fakta yang tercatat dalam sejarah negara. Saya percaya produser dan pengarah Pesona Pictures Sdn Bhd, Datin Paduka Shuhaimi telah melakukan banyak kajian serta rujukan dengan pihak yang sepatutnya sebelum menghasilkan filem tersebut dan tiada agenda tersirat dan bukan untuk kepentingan politik melainkan ia berdasarkan sejarah agar kita mengenali dan berfikir sebagai rakyat yang lebih matang. 
Tanda Putera bukan filem politik sebaliknya mengisahkan sejarah bagaimana Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak serta Timbalannya Allahyarham Tun Dr Ismail, memulihkan keadaan negara daripada pelbagai insiden.

Thursday, August 29, 2013

#PAU2013 : Surat Terbuka Kepada Calon Pilihan Untuk Memegang Jawatan Dalam Sayap & MT UMNO #UbahUMNO


1. MiM kerap ditujukan satu soalan yang sama iaitu siapakah pilihan MiM untuk memegang jawatan dalam hieraki sayap-sayap terutamanya Pemuda UMNO Malaysia dan juga Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. 

2. Sebelum MiM jawab, ada 5 tarikh yang sangat penting dalam kalendar UMNO Malaysia untuk tahun ini :
i. Tarikh akhir Mesyuarat Cawangan UMNO adalah pada 15 September 2013 
ii. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada 21 September 2013 
iii. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013 
iv. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 28 September 2013 
v. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Oktober 2013.
3. MiM percaya bahawa PRU14 adalah pilihanraya umum yang bakal menentukan survival dan kesinambungan parti UMNO. Ianya bakal membezakan sama ada UMNO tetap menerajui kerajaan Persekutuan atau pun menjadi Pembangkang kepada kerajaan yang baru.

4. Perbezaan itu sangat besar dan sudah pasti merisaukan setiap ahli akar umbi, jentera parti dan penyokong-penyokong UMNO/BN.

5. Tetapi dunia telah menyaksikan kejatuhan parti-parti politik yang telah lama menerajui sesetengah negara seperti Parti GOLKAR di Indonesia dan Parti Nacionalista di Filipina.Yang terbaru tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun.

6. Kesemua parti itu jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang hampir sama dan parti UMNO tidak terlepas daripada faktor-faktor negatif tersebut.

7. Cuma yang membezakan UMNO dengan parti-parti tersebut ialah faktor masa.

8. Seluruh kepimpinan tertinggi UMNO diberi masa untuk berubah secara total, jelas dan serius, bukannya retorik saranan demi saranan yang memualkan tapi tiada tindakannya. Tetapi masa tidak akan menunggu kita!

9. Yang sudah kaya raya dek politik UMNO/BN tidak ada masaalah jika UMNO/BN tumbang. Mereka ada 2 pilihan iaitu bersara daripada politik atau pun membuat pengakuan 'sudah tidak percaya lagi dengan perjuangan parti UMNO'. Kedua-duanya menguntungkan mereka sebagai individu tetapi bukan bangsa Melayu secara total.

10. Yang terkapai-kapainya ialah ahli-ahli akar umbi, jentera parti, penyokong-penyokong UMNO/BN tetapi yang paling utama sekali ialah bangsa Melayu itu sendiri.

11. Hilang sudah payung yang terbukti telah memelihara hak bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan selama ini.

12. Kerana itu juga MiM percaya jika kali ini perwakilan UMNO peringkat cawangan dan bahagian tersilap pilih pemimpin-pemimpin dalam hieraki sayap-sayap dan juga Majlis Tertinggi UMNO, PRU14 adalah yang terakhir bagi UMNO/BN menerajui kerajaan Persekutuan.

13. Dan MiM bukan seorang blogger sahaja tetapi MiM sendiri boleh mengundi dan memilih kerana MiM memegang jawatan di peringkat cawangan dan bahagian.

14. Malah, MiM sendiri terlibat secara langsung di dalam pemilihan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2008 dan masak dengan protokol, kerenah, janji-janji manis dan pelbagai lagi strategi calon-calon yang bertanding.

15. Faktor-faktor di atas menyebabkan MiM perlu lebih adil dan saksama di dalam melaporkan calon-calon pilihan kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO yang membaca entri ini. The bottom line is ahli-ahli UMNO sudah matang untuk menilai sendiri. MiM di sini untuk memudahkan kita membuat penilaian dan memilih yang terbaik demi survival parti UMNO.

16. MiM akan berada di PWTC semasa Rumah Terbuka Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Malaysia pada 30hb Ogos ini. Besar kemungkinan kesemua mereka yang mahu bertanding kelak akan berada di sana juga.

17. Dan jika ada kesempatan masa, MiM akan berjumpa dengan kesemua calon tersebut termasuk calon-calon MT UMNO untuk mengetahui lebih lanjut tujuan dan visi mereka untuk dikongsikan di dalam blog ini untuk penilaian anda semua.

18. Seperti MiM kata, yang paling penting sekali ialah untuk memilih barisan pemimpin UMNO yang terbaik untuk memastikan survival dan kesinambungan parti UMNO.

19. Pembaca blog MiM juga boleh turut serta dengan menyediakan soalan-soalan bernas kepada calon-calon pilihan anda di kolum komentar di bawah atau dalam Facebook blog ini dan MiM akan usahakan untuk dapatkan jawapannya daripada mereka. 

Insyaallah. - MiM

Wednesday, August 28, 2013

#OneBro4NKP - Let's Talk With Khairul Azwan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia #PemilihanUMNO13


Mungkin dengan keluarnya wajah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun akan menambahkan lagi sengsara sesetengah bloggers yang cuba memburuk-burukkan imej Azwanbro dalam beberapa artikel mereka.

Nasihat saya, siapalah penulis blog baru setahun jagung tersebut yang mahu mempertikaikan kredibiliti sama ada seseorang itu layak atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Jika hendak mempertikaikan Azwanbro sekalipun, carilah isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugasnya sepanjang memegang jawatan dalam pemuda, bukannya dengan isu peribadi. Nampak sangat serangan yang dimulakan di blog kamu bermotif.

Hahaha...

Rakaman penuh temubual MobTV bersama Khairul Azwan Harun [KLIK]

YY : Menteri Besar anak bapak pun nak bertanding jugak dengarnya...

Sunday, August 25, 2013

[VIDEO] : Calon Ketua Pemuda Ahmad Faisal Harap Mesyuarat Cawangan UMNO Putrajaya Tiada Unsur Sebotaj! #Tom4Putrajaya


Walaupun tarikh mesyuarat cawangan telah dilanjutkan dari 31 Ogos hingga ke 15 September 2013, sebahagian daripada 43 cawangan UMNO di Putrajaya telah selesai bermesyuarat, sepanjang pengetahuan saya antara cawangan yang selesai bermesyuarat ialah Dahlia, Carnation, Kemboja, Melur dan Sakura.

Tinggalkan dulu cerita pasal mesyuarat, kita dengar komen calon Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Sdr Ahmad Faisal (gambar) atau Tom berhubung isu Kalimah Allah tempoh hari :


Tom mencadangkan supaya sebarang kes berkaitan agama Islam haruslah dibicarakan di Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil seperti yang berlaku hari ini, dan jika hal ini menjadi semakin rumit seperti sekarang, Majlis Raja-Raja selaku Ketua Agama di Malaysia seharusnya campur-tangan bagi menyelesaikan segala permasalahan. 
Mungkin apa yang disuarakan oleh Tom hari ini tidak dapat membawa apa-apa impak untuk memberi kesedaran kepada ramai pihak. Tapi jika suatu hari nanti Tom menyuarakan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya atau Exco Pemuda UMNO Malaysia, pasti ramai yang akan membuka mata. - 1PELURU
Ok, berbalik kepada beberapa cawangan UMNO di Putrajaya yang telah mula bermesyuarat difahamkan terdapat percubaan memboikot kehadiran bagi mengagalkan mesyuarat dijalankan, tindakan ini telah menjejaskan masa dan perjalanan mesyuarat. Walaubagaimanapun dimaklumkan cubaan tersebut gagal kerana mesyuarat berjaya diteruskan.


Tahniah kepada ahli-ahli UMNO yang telah selesai melaksanakan tanggungjawab kepada parti, untuk cawangan saya pula mesyuarat dijadualkan berlangsung pada 6 September 2013 sebagaimana pesanan ringkas yang saya terima beberapa hari lepas.

Cawangan mana yang cuba disebotaj...?

Siapa kepala dia...?

Kalau aku tulis nanti dia panggil gunakan daddy dia lagi...

Hahaha...

6 September 2013 mesyuarat UMNO Cawangan Alamanda...

Arios!

Saturday, August 24, 2013

Selain Aksi Tomoi Bikin, Jangan Lupa Bersama Nabil, XPDC dan Jamal Abdillah Malam ini di #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia



Gempak sungguh Hari Koperasi yang berlangsung 23 hingga 25 Ogos ini di Dataran Darul Aman, Kedah. Jika semalam pengunjung dihidangkan dengan aksi muay thai, malam ini satu konsert mini yang menampilkan artis tempatan, diantaranya Jamal Abdilah, XPDC, Angah dan Nabil.

Buat orang Kedah dan kawasan sekitar, jangan lupa berkunjung ke Dataran Darul Aman, Jitra. Pakat mai ramai-ramai nooo...

Thursday, August 22, 2013

#PemilihanUMNO13 : Tajuddin Pasir Salak Ugut Ketua Cawangan - "Kalau Tak Sokong, Tak Dapat Peruntukkan!"?


Kaki betina, kaki judi, kaki pukul, kaki rasuah, bapak segala kronisme di Perak!

Itulah label yang sesuai buat Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Tajuddin - ada komen yang marah berhubung artikel Pemuda Akar Umbi Ditampar Dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang disiarkan di laman ini.

Kata tukang komen tersebut, jika baru sehari dua kenal Tajuddin saya atau sesiapa saja tidak layak bercakap mengenainya. Untuk komen-komen yang memuji Tajuddin, saya tak perlu fikir panjang-panjang - hanya satu jari tengah dari kedua-dua tangan saya buat anda!

Sampai bila UMNO & Najib nak simpan Tajuddin?


Siapa tidak kenal Tajuddin...?

Tanya saja di Pasir Salak, hatta anjing jika boleh berbicara - anjing pun akan kata Tajuddin kaki judi, kaki mabuk, kaki betina, kaki rasuah. 

Saya berani berkata secara terang-terangan begini kerana maklumat yang saya perolehi bukan datang daripada orang lain sebaliknya daripada ahli akar umbi serta beberapa bekas-bekas kakitangan Tajuddin sendiri.

Malah Tajuddin pada tahun 1995 Tajuddin pernah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib sebelum diterima semula tanpa syarat pada tahun 1998 dan dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada tahun 2000.

Aneh sungguh UMNO, ahli yang terlibat salah laku politik wang sebanyak RM6 juta pada awalnya dipecat selepas itu diterima semula tanpa syarat?

Tajuddin Ugut Ketua Cawangan!

Selain mengatur perjalanan politik anak-anaknya di mana anak lelaki diletakkan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah War Room Bahagian, anak perempuan sebagai Setiausaha Bahagian, menantu diletakkan pula sebagai SUS Pejabat Timbalan Menteri dan anak saudaranya Ramli pula sebagai pegawai khas parlimen.

Terbaru saya dimaklumkan beberapa Ketua Cawangan telah diugut oleh Tajuddin, menurut sumber salah seorang Ketua Cawangan tersebut dia diugut menerusi panggilan telefon oleh Tajuddin agar terus menyokong Tajuddin dan anak-anaknya. Jika terdapat mana-mana Ketua Cawangan yang ingkar kehendaknya cawangan tersebut tidak akan diberikan apa-apa peruntukkan.

Wowww..!!!

Daripada bahagian hingga ke pejabat Timbalan Menteri Tajuddin meletakkan kroninya, apakah Tajuddin sedang giat menyusun atur bagi memastikan tampuk pemerintahan negeri Perak dikuasai oleh anak beranaknya?

Orang macam ini Najib dengan ahli UMNO nak simpan?

Dalam parlimen pun Tajuddin masih nak sembang pasal bur***



Banyak lagi kisah Tajuddin akan dikeluarkan satu persatu, termasuk rakaman ugutan yang Tajuddin lakukan kepada Ketua-Ketua Cawangan.

Tunggu...

Arios!

[VIDEO] : Putrajaya Pertahan Kalimah Allah, Umat Islam Selawat di Depan Istana Kehakiman



Sejak awal pagi Putrajaya mula dibanjiri oleh umat Islam dari seluruh pelusuk negeri bagi mengikuti pendengaran Notis Permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (The Church).

Selain berkumpul bagi mengetahui pendengaran notis batal rayuan oleh pihak gereja terhadap rayuan Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan Malaysia, Majlis- Majlis Agama Islam Negeri serta MACMA - perhimpunan yang diadakan bertujuan menyatakan sokongan moral kepada peguam-peguam Islam.

Hari ini merupakan hari penentu terhadap polemik isu kalimah Allah, jika mahkamah rayuan yang mendengar notis tersebut membatalkan rayuan umat Islam, secara automatik rayuan penuh umat Islam yang dibuat pada 10 September gugur.

Manakala keputusan mahkamah terhadap kes kalimah Allah pada 29 Disember 2009 yang membenarkan pihak gereja bebas menggunakan kalimah Allah berkuatkuasa semula!

Sama-sama doakan agar keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka.

CEO Putrajaya Holding Sdn. Bhd. Makan Rasuah Dari Kontraktor Cina?


Memetik artikel yang disiarkan melalui blog The Bebalians yang mendakwa wujud amalan diskriminasi  dalam Putrajaya Holdings Sdn. Bhd (PJH) - pemaju kepada Putrajaya. 

Selain penyingkiran kakitangan lama PJH sebaik sahaja kemasukkan pemegang-pemegang saham baru dari KLCC ke dalam PJH, kes terbaru pula melibatkan diskriminasi amalan kontrak bagi pembangunan kawasan komersial yang bernilai RM1.6 billion iaitu Parcel F.

Penyelewengan yang berlaku di dalam PJH dikatakan melibatkan Azlan Abdul Karim iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi PJH. Azlan dikatakan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dalam PJH bagi mengawal serta memastikan projek pembangunan Parcel F diberikan kepada syarikat yang dipilihnya.

dari blog The Bebalians :
Nilai pembangunan yang dirancang untuk Parcel F adalah RM1.6 bilion. Parcel F telah dibahagikan kepada empat seksyen yang membolehkan setiap pemaju memperolehi RM400 juta setiap seksyen. Lapan syarikat telah terbabit dalam tender. 
Proses pemilihan dijalankan secara merit. Bermakna, tidak ada isu langsung membabitkan empat syarikat Melayu dan empat syarikat bukan Melayu.

Empat Seksyen dan lapan syarikat terlibat. Secara teorinya, empat daripada lapan syarikat berkenaan akan diberikan tender membina Parcel F.

Ada tiga syarikat Melayu yang cukup syarat kewangan termasuklah teknikal. Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat berkenaan telah ditolak dengan arahan daripada CEO PJH, Azlan Abdul Karim. 
Biarpun terdapat klausa yang menghalang perbuatan melobi projek, tetapi Azlan Abdul Karim lebih bijak menggunakan kuasa dan kedudukannya bagi memastikan projek pembangunan Parcel F diserahkan kepada syarikat-syarikat yang dipilihnya.

Tiga syarikat terakhir yang lambat menghantar borang tender adalah SUNCON, WCT Berhad dan MITRAJAYA. Azlan Abdul Karim telah keluarkan arahan supaya ketiga-tiga syarikat diberikan keutamaan kerana ketiga-tiga syarikat itu milik Cina.

SUNCON atau Sunway Construction adalah penerima sebenar kerja-kerja pembangunan Parcel F bagi pihak Persona Metro (Pesona). 
Pesona merupakan syarikat yang dicipta oleh SUNCON bagi mendapatkan projek-projek kerajaan atas keistimewaan Melayu dan Bumiputera. 
Operasi utama Pesona adalah dapatkan projek dan diserahkan kepada SUNCON. Pesona hanya mengambil upah dan komisyen daripada kerja-kerja SUNCON
Baca seterusnya... 

Monday, August 19, 2013

#UbahUMNO : Pemuda Akar Umbi Ditampar Tajuddin Pasir Salak Dalam Majlis Rumah Terbuka?



Melampau dan kurang ajar!

Itulah perkataan yang sesuai buat Tajuddin Abdul Rahman iaitu Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak kerana bertindak menampar seorang ahli pemuda akar umbi dalam satu majlis Rumah Terbuka Hari Raya beberapa hari lepas.

Perbuatan biadap dan ala samseng Tajuddin dengan menggunakan kekerasan bukanlah perkara baru bagi ahli UMNO di peringkat akar umbi bahagian tersebut. Malah tahun lalu Tajuddin turut pernah bertindak menampar seorang wartawan di hadapan orang ramai.

Apakah dengan jawatan selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Tajuddin merasakan dirinya boleh melakukan apa saja terhadap ahli UMNO diperingkat akar umbi dalam bahagian berkenaan?

Bukan sahaja menggunakan kekerasan kepada ahli akar umbi dari sayap pemuda, Tajuddin dilihat mengamalkan kronisme dengan meletakkan dua anaknya memegang jawatan dalam UMNO bahagian Pasir Salak.

Apakah tiada orang lain yang layak menjadi setiausaha dan AJK di bahagian tersebut?


Jika Ketua UMNO Bahagian sendiri dilihat tidak mesra malah bertindak biadap dengan menggunakan kekerasan ke atas anak muda - apakah pemimpin samseng tua keparat bernama Tajuddin mengharapkan anak muda 'sembah' dan 'sujud' kepada parti UMNO?

Kalau itu dalam kepala Tajuddin, saya hanya mampu tunjukkan satu jari tengah untuk Tajuddin!

Wahai ahli UMNO Pasir Salak...!

Jika mahu ubah UMNO, jika mahu UMNO relevan di kalangan anak muda pastikan pemimpin yang mengamalkan politik anak-beranak, pemimpin yang suka menggunakan kekerasan fizikal disingkirkan dalam pemilihan kelak.

Ada berani...?

YY : Sayang anak tangan-tangankan, sayang UMNO tampar-tamparkan pemimpin bahagian seperti Tajuddin!

Saturday, August 17, 2013

Gara-Gara Memandu Dengan Laju Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Kemalangan?


Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi.

Menurut foto yang dikirim melalui laman instagram, Ustaz Azhar Idrus tidak mengalami sebarang kecederaan manakala isterinya dilaporkan pengsan.

Isteri nombor satu atau dua tidak pula dinyatakan...

Layan aksi Ustaz Azhar memandu kereta:



Apa pun sebagai umat Islam saya mendoakan agar Ustaz Azhar Idrus selamat...


Friday, August 16, 2013

#PemilihanUMNO13 : Ketua Pemuda Bagaimana Pilihan Pemuda #Putrajaya - Aktif di Bahagian atau Aktif Melobi? #UbahUMNO



Sebelum berbicara mengenai pemilihan jawatan tertinggi dalam parti serta dalam pemuda UMNO, pemilihan di peringkat bahagian antara isu yang menarik untuk diperbincangkan.

Antara bahagian pemuda UMNO yang saya fokuskan adalah bahagian Putrajaya, Pemuda UMNO Putrajaya dianggap tunjang kekuatan bagi Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan selepas empat ahli pemuda dari bahagian tersebut berjaya membarisi Exco Pemuda Malaysia.


Pemilihan sebelum ini yang menyaksikan Datuk Ahmad Zaki Zahid mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Putrajaya selepas mengalahkan Tun Faisal dengan kelebihan 3 undi bakal menampilkan kelainan. 

Ini kerana jika Khairun Aseh tidak bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda memandangkan Datuk Ahmad Zaki Zahid serta Naib Ketuanya Hisamuddin Yahya dan Tun Faisal telah melebihi usia pemuda perebutan jawatan tersebut bakal memperlihatkan muka-muka baru.

Jika muka baru yang ditampilkan persoalannya siapakah yang dilihat layak memimpin pemuda dan mampu menarik minat orang muda di sekitar Putrajaya terhadap UMNO?

Malah difahamkan setakat ini dua individu iaitu Ahmad Faisal berhasrat bertanding Ketua Pemuda manakala Nasrun Syazwan menyatakan kesediaan merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Putrajaya.

Jika benar berita yang saya terima, selaku ahli UMNO dari Putrajaya, saya merasakan penampilan mereka memang kena pada masanya.

Dari kiri Ahmad Faisal & Nasrun Syazwan
Walaupun wajah kedua-dua individu di atas tidak begitu familiar di peringkat pusat, tetapi saya pasti kedua-dua individu ini merupakan individu yang aktif dalam setiap program belia di peringkat bahagian.

Bagi saya lebih baik kita memilih individu yang tidak popular wajah mereka, namun mereka terbukti aktif setiap program di peringkat bahagian dari individu yang popular atau memiliki kabel yang besar tetapi hanya aktif melobi untuk kepentingan tembolok sendiri.

Arios...!

YY : siapa mampu bawa pemuda ke zaman tagline “PEMUDA PELOPOR PEMBANGUNAN”?

Thursday, August 15, 2013

Nazri, Nedim, Pegawai Khas Tidak Bergaji & Jawapan Menteri...


Kronisme...?

Nepotisme...?

Nazrisme...?

Walaupun UMNO hanya memiliki 88 kerusi, para pemimpinnya masih lagi berada dalam keadaan selesa, tidak berubah malah terus berlagak dengan kedudukan yang dimiliki. Nazri Aziz antara pemimpin UMNO yang sering dilanda pelbagai kontroversi berhubung tindak-tanduk anaknya Nedim sebelum ini.

Ternyata Nazri Aziz tidak belajar dari sejarah kejatuhan pemimpin di negara arab, sebelum kejatuhan Presiden Mesir Hosni Mubarak, isu yang melibatkan anaknya iaitu Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak menjadi perbualan kerana kekayaan dan pengaruh yang dimiliki beliau.

Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki Hosni Mubarak.

Maklumat dan cerita mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Gamal Hosni Mubarak dengan menggunakan pengaruh bapanya terus tersebar dan telah menimbulkan kemarahan serta rasa benci rakyat kepada kerajaan yang akhirnya menyaksikan tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak.

Itu satu contoh pemimpin jatuh disebabkan kebencian rakyat terhadap anak mereka, mungkin kejatuhan pemimpin negara arab belum cukup untuk membuka mata pemimpin UMNO.

Jadi tidak hairanlah Nazri Aziz melantik anaknya sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan, walhal tindakan tersebut bukan sahaja memperlihatkan wujudnya amalan nepostisme di kalangan pemimpin UMNO, malah ia mampu membangkitkan perasaan benci rakyat terutama anak muda kepada mereka.

Tidak cukup perbuatan nepotisme dengan mengutamakan anak-beranak, jawapan dan lagak sombong Nazri Aziz menjawab isu berbangkit juga sedikit sebanyak menyumbang kepada penolakkan anak muda terhadap UMNO.

Teliti jawapan Nazri Aziz :
` my son does not even get paid by the Government..in fact I could even rename him my office boy..no problem..an office boy who drives a Ferrari '..Nazri Aziz said jokingly..commenting on his son's appointment as his Special Officer in his Ministry...
Itu jawapan seorang Menteri...

Dulu apa jawapan Nazri Aziz membabitkan kontroversi hubungan anaknya dengan Michael Chia?

Teliti transkrip di bawah :
Are you concerned that your son and his family are being followed? 
I'm a rich man, I'm powerful, good looking. (reporters giggle) Wealthy. So what can I do? My son ask, 'Pa, is it...' I say, 'Look, you are my son.' 
Will you lodge a police on your son being followed?  
Why should I? It doesn't bother me. I'm popular, I have a film star punya status here you know? Celebrity. Bukan film star local, Hollywood punya (laughs). No, but there is nothing I can do, (if) they want to follow.
Cayalah pak menteri!

Jika beginilah perangai pemimpin UMNO, jangan mimpilah parti keramat orang Melayu ini akan terus dihormati oleh anak-anak muda di masa akan datang.

Meneliti rekod Nazri Aziz sepanjang memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini, timbul satu persoalan - atas dasar apakah Nazri Aziz diberi kepercayaan oleh DS Najib Razak  menerajui Kementerian Pelancongan?

Ada sesiapa boleh jawab...?

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..


Ikut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja esok confirm raya...

Layan lagu raya dari Jamal mampu membangkitkan mood untuk mohon maaf kepada semua sahabat hahaha...


Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir & Batin 
Lepas raya blogger balun sama sendiri sebab pemilihan...?

Tanda-tanda sudah ada sekarang...

Wednesday, August 7, 2013

#PemilihanUMNO13 Diharap Mampu Mematangkan Ahli Akar Umbi & Membendung Politik Wang #UbahUMNO


Pemilihan Agung UMNO 2013 kali ini berjaya menarik minat ramai pihak  kerana buat pertama kalinya proses pemilihan jawatan tertinggi parti akan dilaksanakan selepas perlembagaan UMNO mengalami tujuh pindaan yang diluluskan pada tahun 2009.


Di sebalik proses pemilihan berdasarkan perlembagaan baru yang bakal menjadikan UMNO lebih demokratik dan terbuka (tiada terbuka sangat jika diteliti syarat) persoalannya adakah ahli akar umbi UMNO mampu menunjukkan sikap matang sepanjang proses pemilihan yang bakal berlangsung kelak?

Ini kerana berdasarkan rekod pemilihan yang lalu dengan melibatkan 2,500 ahli perwakilan, kita dapat melihat pelbagai perkara berlaku. Provokasi, pergaduhan, dan maki-hamun sesama sendiri dilemparkan di mana akhirnya tindakan tersebut hanya menyebabkan perpecahan sebagaimana berlaku ketika perebutan jawatan Ketua Pemuda pada 2009.


Ada suara nakal berkata jika 2,500 ahli perwakilan pun, proses pemilihan pucuk pimpinan parti berkecamuk - apa korang fikir proses pemilihan melibatkan 150,000 ahli akan berlangsung tanpa kekecohan dan provokasi serta pergaduhan?

Silap hari bulan boleh jadi 'sarkas'...


Hahaha...

Selain tahap kematangan ahli akar umbi, perkara yang difokuskan oleh pemerhati politik terutama seteru-seteru UMNO ialah masalah 'politik wang'. 

Mata-mata di luar UMNO juga mahu melihat adakah masalah 'politik wang' (barah dalam UMNO) dapat diatasi setelah pindaan perlembagaan parti dibuat, adakah dengan melibatkan lebih ramai ahli dalam proses pemilihan berbanding sebelum ini masalah 'politik wang' dapat dibendung?

Diharap melalui Pemilihan Agung UMNO 2013 dengan perlembagaan baru ini, ia mampu mematangkan ahli akar umbi bagi merealisasikan harapan anak muda untuk melihat proses transformasi berlaku  dalam UMNO.

Arios..!


YY : "Kalau hendak memilih kain. Pilih kain bertapak catur. Kalau hendak memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin berakhlak jujur"

Tuesday, August 6, 2013

Nasihat Kepada Sahabat Bloggers Jentera Siber Kelantan

Tok Pa ketika membuat lawatan ke operasi Jentera Siber Kelantan

Perkara ini telah lama saya cuba selesaikan, malah ketika 'post mortem' kekalahan BN Kelantan sebaik selesai kempen PRU13, saya cuba mengadakan pertemuan/perbincangan bersama semua yang terlibat - tetapi memandangkan sahabat saya iaitu Ketua Jentera Media Baru Pemuda BN Kelantan mengambil sikap berdiam diri, siapalah saya untuk memberi penjelasan mengenai perkara berbangkit.


Tetapi untuk masa akan datang jika ada sebarang perbincangan yang dibuat dan memerlukan sebarang penjelasan, saya bersedia membantu serta bertemu dengan nama-nama yang terlibat.

Namun memandangkan Dato Hanafi sendiri dikatakan mahu menilai dan mencari jalan penyelesaian selepas isu ini dibangkitkan, wajarlah kiranya isu ini tidak terus diperdebatkan, namun jika sahabat bloggers di Kelantan tetap mahu meneruskan isu yang ditimbulkan, saya tiada daya untuk menghalangnya.

Saya sekadar memberi nasihat kepada sahabat-sahabat bloggers agar tidak tidak terus menulis perincian mengenai isu ini buat sementara waktu demi kepentingan semua pihak.

Akhir sekali saya ingin rakamkan ucapan penghargaan kepada Dato Sri Mustapa Mohamed dan Dato Hanafi Mamat serta Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan kerana memperakui dan mengiktiraf peranan tentera siber di Kelantan selama ini.



YY : Hibernate...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...