NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, June 22, 2012

Hardcore PAS Dilantik Ahli Penasihat Akademi DBP - Ketua Pengarah DBP Perlu Letak Jawatan!


Susulan entri sebelum bertajuk 'Hardcore PAS dilantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP - SUPOL Menteri Pelajaran Tidur' [klik] - 'seseorang dari Pejabat Menteri Pelajaran' telah memberikan respon terhadap artikel tersebut pada sebelah malamnya.

Terlebih dahulu wajarlah kita ucapkan tahniah kepada para pegawai di Kementerian Pelajaran dan SUPOL TPM kerana beliau seorang yang peka dengan dunia blog serta mengikuti perkembagan semasa.

Jika semua SUPOL Menteri peka terhadap media baru seperti beliau nescaya ianya perkara yang baik untuk masa depan.

Saya akui saya tidak merujuk kepada Pejabat Menteri Pelajaran dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menyiarkan artikel tersebut. Kerana kita tahu Pejabat TPM hanya ada hubungan dengan 'blogger-blogger' tertentu sahaja.

Belum pernah lagi rasanya Pegawai dari Pejabat TPM ada berhubung dengan blogger macam saya dan saya yakin nombor dan diari mereka hanya untuk 'blogger' tertentu sahaja.

Malah nombor telefon saya tiada dalam simpanan SUPOL Menteri Pelajaran dan mana-mana pegawai TPM.

Hahaha...

Berbalik kepada isu berbangkit, menurut mereka keputusan melantik Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP bukan keputusan dasar dan ianya tidak dirujuk Pejabat Kementerian Pelajaran.

Mendengar penjelasan yang diberikan saya tetap tidak bersetuju tindakan melantik Puan Ainon Mohammed sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP oleh Ketua Pengarah DBP Dr. Awang Sariyan lebih-lebih lagi ianya tidak dirujuk kepada pejabat Menteri terlebih dahulu.

Kenapa saya tidak bersetuju dan pertikai perlantikkan Puan Ainon Mohammaed?


Fitnah Program Kerajaan 'Hari Belia 2012' Oleh Puan Ainon.
Dimaklumkan di Universiti Terbuka PTS Puan Ainon Mohammed lebih banyak memainkan isu-isu politik serta membawa sentimen membenci kerajaan yang sedia ada.

Oleh sebab itu mustahil jika Ketua Pengarah DBP Dr. Awang Sariyan tidak tahu dengan pegangan politik Puan Ainon Mohammed selama ini. Tindakan melantik Puan Ainon Mohammed adalah satu tindakan yang tidak 'politically correct' dari seorang yang memegang jawatan Ketua Pengarah!



Adakah Dr. Awang Sariyan tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu pegangan politik Puan Ainon Mohammed sebelum melantik beliau ke jawatan yang strategik?

Oleh sebab itu Dr. Awang Sariyan mesti meletak jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah DBP kerana membuat perlantikan individu memegang jawatan yang strategik tanpa merujuk pejabat Menteri Pelajaran!

Pihak Lembaga Pengelola juga wajar melepaskan jawatan kerana GAGAL menyiasat hal ini sehingga ada pihak mengambil kesempatan menyebarkan sentimen membenci kerajaan!

Pihak SUPOL Menteri Pelajaran dan Pegawai Menteri Pelajaran MESTI memastikan tindakan diambil ke atas Dr. Awang Sariyan serta tamatkan perkhidmatannya.

Kerana jawatan Ahli Majlis Penasihat DBP merupakan jawatan strategik bertanggungjawab menjaga akademi, menjaga anak muda dan menjaga modul latihan-latihan DBP.

Dr. Awang Sariyan sebenarnya sudah lama kenal dengan Puan Ainon Mohammed dan tahu pegangan politik serta kegiatan politik tegar yang dilakukan oleh Puan Ainon Mohammed. Justeru itu selaku Ketua Pengarah DBP beliau perlu mengambil kira sensitiviti politik sebelum melantik mana-mana individu sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP.

Jadi wajarlah beliau berundur dari jawatan yang disandang!

Bodoh sangat jika seseorang yang berjawatan sebagai Ketua Pengarah DBP perkara-perkara sebegini perlu diajar kepadanya!

Jadi... 

SUPOL Menteri Pelajaran bersama Pegawai-Pegawai yang bertanggungjawab anda kena pastikan tindakan diambil kepada Ketua Pengarah DBP dan Lembaga Pengelola!

YY : Rupanya SUPOL kita tak 'tidur' beliau peka dengan isu-isu blog - Isu hardcore dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Akademi DBP tak banyak komen di blog tapi ada 132 komen di facebook!

4 comments:

Anonymous said...

Makan gaji kerajaan, tapi sebar sentimen benci kerajaan. Elok berhenti sajalah!

Umnomemangbangsat said...

Apa punya bangang komen daripada tuan tanah dan anon 4.48. Kau orang ingat gaji tiap bulan yang kau orang dapat yang di bayar oleh pembayar cukai, kau ingat dari penyokong BN ke? bongok! Lepas tu, kau orang ingat hanya orang BN saja ke yang boleh pegang jawatan penting!Kau tengoklah sendiri, semua menteri BN semua mentekedarah duit..kerja pun tak tahu nak buat.Boleh kasi bangkrap ini negara, tau tak.BONGOK!!!

Anonymous said...

Tak perlu lantik Ainon. Dia tak akan memberi faedah kepada pengkayaan Bahasa dan memartabatkan Bahasa Melayu.
Adakah Ainon kroni Awang Sariyan?

Anonymous said...

DOUBLE Y...KO KENA BC BLOG OMAK KAU...TENTANG KABINET BYGAN PR....NAMPAK SGT JUAL BANGSA..ko kena sebarkan...JHTNYA DIAORG NIE....X JD UNDI PR....SEBARKAN SEGERA! !!!!!! DR BJB...MSIA KENA JUAL LA GAMAKNYA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...