NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, February 13, 2012

[VIDEO] : Pelajar Sekolah 'Booo' Ikon Siswa #AmanKampus?



Video yang dirakam dia dua buah sekolah iaitu SMK Mat Kilau di Pahang manakala SMK Wangsa Setia dan SMK Alauddin di Johor. Tiga buah sekolah yang dipilih oleh Kembara Aman Kampus untuk menjalankan sessi 'Ikon Siswa'.

Dalam sessi ini, Kembara Aman Kampus telah menampilkan beberapa mahasiswa untuk berucap dan berkongsi tips kejayaan serta menceritakan cara kehidupan di kampus.

Rata-rata pelajar sekolah terutama yang bakal menghadapi SPM cukup gembira bila ada abang serta kakak yang sedang menuntut di Universiti tempatan singgah ke sekolah mereka dan berkongsi tips kejayaan serta cara mengurus waktu yang betul setiap kali tibanya musim peperiksaan.

Penerangan mengenai IKON SISWA :
Program Ikon Siswa ialah satu program yang mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan kehidupan atau suasana universiti kepada mereka. Program ini juga memupuk semangat kepada para pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan masing-masing. Bilangan pelajar yang mengambil bahagian dalam Program Motivasi ini ialah seramai 200 hingga 300 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4,5 dan 6.

Untuk membuka minda para pelajar satu forum siswa dibuat dengan tajuknya ialah Menuju Menara Gading: Satu Pengalaman. Dengan adanya program ini diharapkan dapat menyedarkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada diri mereka sendiri kerana di zaman moden ini ilmu yang dituntut di sekolah semata-mata tidak mencukupi. Untuk bersaing dengan pesaing yang hebat di luar kite memerlukan ilmu yang penuh di dada dan pelbagai supaya hidup mereka lebih terjamin di masa hadapan.

Forum ini dibahagikan kepada 3 orang pembicara yang terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan. Program Ikon siswa ini berlangsung selama 2 atau 3 jam, termasuk aktiviti latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh mahasiswa universiti.
Kembara Aman Kampus semakin meletop!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...