NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, November 11, 2011

PAS Semakin Hilang Sokongan Rakyat - Prof. Zainal Kling


Dari kelatekito.net :

KOTA BHARU - Seorang penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera. 
Beliau berkata, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan."Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. 
Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh," katanya.
Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini. 
Pas kini menghadapi kemelut hilang kepercayaan daripada rakyat yang ketara sejak ia menukar negara kebajikan daripada negara Islam. 
Orang Melayu dan sokongan dalaman parti semakin berpecah apabila Pas masih menjalankan kerjasama dengan DAP, sedangkan parti itu menentang sekeras-kerasnya penubuhan negara Islam Pas setelah tiada persetujuan dicapai dalam perbincangan pakatan pembangkang pada Oktober lepas. 
Malahan Pas dilihat mula mengamalkan konsep sekularisme apabila kepimpinan parti sanggup membezakan perjuangan parti iaitu memperjuangkan Islam hanya di peringkat parti tetapi apabila bersama pakatan pembangkang Pas hanya perjuangkan negara kebajikan. 
Pas dilihat terlalu tunduk kepada DAP dan PKR dalam kompromi penubuhan negara Islam oleh Melayu secara keseluruhan dan ini menyebabkan Pas dilihat tidak berperinsip kerana ada nama Islam di dalam partinya. 
Umno dilihat lebih berkredibel kerana tidak menggunakan Islam tetapi perjuangannya mengikut sunnah dan Al-Quran. --KELATEKITO.NET

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...