NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, October 25, 2011

[HOT VIDEO] : Kebenaran Yang Disembunyikan - Pemberontak Libya Lebih Zalim Dari Muammar Ghadaffi & Anaknya


Dunia masih lagi dikejutkan dengan kematian Muammar Ghadaffi yang dibunuh kejam oleh tentera pemberontak Libya. Tindakan kebinatangan tentera pemberontak ini telah membangkitkan kemarahan kepada sesiapa sahaja yang menonton cara Muammar Ghadaffi diperlakukan.

Mungkin kita yang beribu batu jauhnya tidak memahami situasi sebenar yang berlaku di Libya, sama ada benar atau tidak Ghadaffi zalim atau ianya hanyalah propaganda barat untuk menghalalkan pembunuhan ke atas seorang pemimpin Islam yang berani, lantang dan individu yang bertanggungjawab mencetuskan revolusi ke atas NATO.

Di laman youtube anda hanya dapat menonton (contoh video di bawah) laporan berita yang mengatakan anak Ghadaffi bertindak kejam ke atas rakyat Libya tetapi anehnya media barat ini tidak melaporkan setiap siri kekejaman, kebinatangan pemberontak Libya kepada wanita, kanak-kanak dan askar yang setia berjuang mempertahankan Ghadaffi?



AMARAN PENULIS : PAPARAN SETIAP VIDEO-VIDEO BERIKUTNYA INI MENGANDUNGI ADENGAN YANG BOLEH MEMBUATKAN WANITA MENGANDUNG PENGSAN.



Tapi bila melihat video-video yang tidak dipaparkan di youtube, jelas menunjukkan kelibat lelaki-lelaki dari barat dan banyak pihak mempercayai bahawa mereka adalah kumpulan terlatih dari CIA yang ditugaskan untuk membantu gerakan kumpulan pemberontak Libya.

Selain mendapat bantuan daripada barat, kumpulan pemberontak ini juga sebenarnya lebih kejam dan zalim jika hendak dibandingkan dengan Ghadaffi. Lihat kekejaman 'tikus CIA' dalam membunuh saudara seagamanya sendiri dalam video berikutnya.

Selepas membunuh pemberontak ini melaungkan pula laungan 'Allahukhbar' - Inilah contoh munafik yang terbaik sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Al-Maida ayat 5 : 51
"Wahai orang yang beriman (kepada Allah) tidak mengambil (seperti) orang-orang Yahudi dan Kristian (seperti) sebagai rakan-rakan dan sekutu anda yang juga rakan-rakan dan sekutu antara satu sama lain. Dan sesiapa dari kalangan kamu yang berpaling kepada mereka (untuk persahabatan dan persekutuan) kini dimiliki oleh mereka (dan bukan kepada kami). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-orang yang fasik. "


Tentera-tentera yang setia mempertahankan seorang pemimpin berani seperti Ghadaffi dibunuh dan senjata mereka dicuri oleh kumpulan pemberontak Libya ini. Tidak cukup dengan itu ada tentera yang disula bahagian duburnya dengan senjata. Walaupun pada waktu mereka ditangkap ada diantara mereka tidak memegang senjata.



MASIH BERSEMANGAT UNTUK MENONTON? 

Jika bersemangat - jangan berhenti di situ wahai saudara pembaca, sambung lagi tontonan anda dengan video bagaimana pemberontak Libya memotong kepala askar-askar negara mereka sendiri gara-gara termakan dakyah jahat barat.



Malah anak-anak kecil yang dipercayai anak kepada tentera turut diseksa dan diperlakukan tanpa sedikit pun ada sifat belas kasihan daripada 'tikus CIA' ini. Apakah ini tindakan manusia yang bertamaddun?

Tonton video di bawah :



Perang Libya adalah 'pure propaganda' yang dicipta barat, jika tidak dikaji dan diteliti tindakan-tindakan halus propaganda ini kita mungkin akan percaya bahawa revolusi di Libya dicetuskan oleh rakyatnya sendiri. Walhal pada hakikatnya yahudi laknatullah memainkan peranan besar dalam menjayakan gerakan memerangi Ghadaffi.

Antara pemimpin Islam berani dan lantang yang telah meninggalkan kita dan menjadi mangsa imperialisme Amerika Syarikat adalah...

Shah Faisal, Zulfiqar Ali Bhutto, Anwar Saadat, Yasser Arafat, Saddam Hussein dan Muammar Ghadaffi. Selepas ini siapa nama yang disenaraikan sebagai ancaman kepada dunia barat?

Akhir sekali lihatlah betapa kejinya bangsa arab hari ini dengan memperlekehkan mayat Ghadaffi, mereka terlalu bodoh seperti PAS. Bayangkan jika semua bangsa arab bersatu saya yakin mereka akan jadi lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan yahudi laknatullah.



Mereka yang tersengih sambil menunjukkan simbol 'peace' dalam video ini tidak sedar bahawa Ghadaffi telah membawa Libya ke arah kebebasan, Ghadaffi hanya tegas dengan seteru politiknya sahaja dan bukan rakyat Libya keseluruhan. Dan selepas ini muka-muka yang tersengih ini akan menjadi hamba kepada dunia barat dan yahudi laknatullah.





YY : I think it's naive to pray for world peace if we're not going to change the form in which we live.. 

10 comments:

Anonymous said...

Arab mmg bangsa yg bodoh. Tk belajar dari negara2 arab yg dkt2 dgn dia. Lemah gak jantung kejap tgk video ni.

bro lu jadi blogger ulas isu2 semasa mcm ni lg ramai peminat lu nnt. Hehe

Yuseri Yusoff said...

Anon di atas,

baik tulis psl artis... lagi banyak orang suka... :)

WakJ Zoner said...

Salam

Ulasan mantap. Ntah knp wak bersemangat bila membaca segala cerita yang berkaitan dgn pemmimpin Libya yg Hebat ini.

Penyokong Pas yg sebelum ini mengambil semagat REVOLUSI negara arab sebagai roh perjuangan, terdiam apabila melihat kesan hasil dari revolusi yg mereka agungkan selama ini.

Rupanya mereka tertipu, revolusi yang mereka anggap sebagi revolusi yang dianjurkan oleh Islam, pada hakikatnya ia adalah sebahagian dari perancangan jahat yahudi..

Anonymous said...

aku tgk negara arab memang tengah nak lingkup. tunggu masa je. satu persatu negara arab ditipu. rakyatnya yang mengong duk dengar kata omputih bagai penyokong pas duk nak memperkasakan DAP cine yang lahanat lahabau. Pliss orang yang mengaku diri nya Islam, jangan ko diperdaya oleh puak puak kafir ni. last last. sendiri pikir la.. malas aku nak taip banyak2.. buat penat je.

-nenek muda

Yuseri Yusoff said...

Wak J,

Thanks bro...org PAS suka ambik semangat je tp mana reti cari maklumat disebalik semua perkara yg terjadi.

Nenek muda,

Taip panjang2 mmg memenatkan... cukup apa yg nenek muda taip tu w/pun pendek tp ianya padat.

terima kasih sudi meninggalkan komen.

lidey lim said...

benda ni dah tau lama dah.

tapi setakat kita yg memang dah sedaq ni tau pun buat apa.

yg duk buta hati tu la masalah. kaw bagi depa tau benda2 camni pn depa bukan mau tima.

camni la jadi bro kaw dah memang spesis bajet sendiri bagus. perubahan konon. haha.

Joran 12" said...

Dlm islam tak di sebutpn pasal bangsa. Kalau lah nabi utamakan bangsa dia, melayu ni dari dulu sampai sekarang jadi kafir.

So, umno-perkasa ja yg buta hati. RASIST.

Pigi jahanam lah dgn RASICT kau orang ni.;

Yuseri Yusoff said...

Joran12,

Nah..

Firman Allah swt.Wahai manusia , sesungguhnya kami telah mencipta kamu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan berpuak – puak supaya kami saling mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah swt ialah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal

So salah ke pertahan bangsa? Bg aku bukti Nabi tk pernah sebut dia berbangsa arab.

Jgn aku bg nnt ko malu sendiri... ko sendiri tk tau apa benda ko ckp kan... :)

Anonymous said...

Joran 12" said...

Dlm islam tak di sebutpn pasal bangsa. Kalau lah nabi utamakan bangsa dia, melayu ni dari dulu sampai sekarang jadi kafir.

So, umno-perkasa ja yg buta hati. RASIST.

Pigi jahanam lah dgn RASICT kau orang ni.;

Dalam kita melihat, mendengar berita kematian pemimpin arab, kejatuhan negara-negara arab disebabkan pertelingkahan sesama sendiri..ada yang masih tak mampu membuka mata melihat kebenaaran.. mengapa kita masih mahu bertelingkah sesama melayu??tak cukup ke kita bangsa melayu diperalatkan..kalau diselami kenapa para anbia diurunkan dari bangs berketurunan arab? tamadun terhebat manusia dicipta oleh kaum mana? semuanya dari kaum arab..tetapi kenapa sejerah kehebatan kaum ini jatuh seperti ini? Ini disebabkan oleh kelalaian umat manusia..terlalu mengikut nafsu..Racist bukan persoalan..kita perlu menjaga agama, mempertahankan aqidah dan bangsa..bukan kah dlm islam ada menyebut pasal persaudaraan sesama saudara islam?? Adakah dia menyebut mengenai persaudaraan lain?? Kita kena beringat sebelum Allah menurunkan bala ke atas kita umat manusia. Tidak terfikirkah mungkin apa yang berlaku di negaaarab itu adalah sebagai pengajaran bagi kita umat manusia..
TENTANGI MURTAD, JAGA AQIDAH, JAGA BANGSA, PELIHARA MARUAH DIRI..

wasallam

Anonymous said...

salam,bro..
kejatuhan gadaffi ada pro ada kontra.
buat masa ni,saya berpandangan gadaffi lebih baik jatuh dari terus memerintah,mengkayakan keluarganya.
jangan dihukum terus
dengan kesalahan beberapa pemberontak.
kamu tau apa yang anwar sadat buat?
kena kaji dulu pro n kontra..
bukan terus menghukum.
xcerdik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...